Pengantara masyarakat mahu tangani kes pertikaian sesama jiran dengan lebih sikap empati, sensitif
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Gaya Chandramohan/CNA
SINGAPURA: Para pengantara masyarakat berkata mereka akan menangani kes pertikaian sesama jiran dengan lebih empati dan sifat ihsan serta cuba sedaya upaya untuk mencapai huraian yang saling menguntungkan semua pihak.
Dengan undang-undang terkini pertikaian masyarakat diluluskan di parlimen, ada yang berharap ia akan mencegah pelaku yang tidak henti-henti berbuat kacau.
Pun begitu, sesetengah pakar juga menggesa masyarakat agar bersikap lebih sensitif terutama sekali apabila tingkah laku buruk itu mungkin mencetuskan isu-isu kesihatan mental yang sedia ada.
MASALAH BUNYI BISING
Bunyi bising antara punca aduan yang perlu ditangani Encik Raymond Poh selama sedekad sebagai pemimpin akar umbi di kawasan masyarakatnya.
Beliau berkata salah faham sering berlaku kerana wujudnya tahap tolak ansur yang berbeza-beza.
Anak kunci untuk meleraikan pertelingkahan itu, kata beliau, adalah kedua-dua pihak duduk berbincang dan berkompromi.
Untuk mencari jalan tengah, beberapa pemimpin akar umbi dihantar mengikuti bengkel pengantaraan.
Di bengkel tersebut, mereka belajar cara-cara untuk memudahkan perbincangan antara jiran tanpa memaksa pandangan mereka sendiri.
Ini sekalipun dalam senario sensitif yang melibatkan pertembungan budaya.
"Kami mesti mendengar kedua-dua belah pihak, kami tidak boleh berat sebelah dan kami mesti berkomunikasi serta cuba mengetengahkan perspektif lain pertikaian mereka untuk cuba membuat mereka faham.
"Apabila mereka faham, harap-harap mereka dapat mencapai satu penyelesaian," kata Pengerusi, Rangkaian Penduduk Tampines Park, Encik Iswandie Wanhar.
Bagaimanapun, tidak semua kes dapat diselesaikan dengan mudah.
Sepanjang tiga tahun lalu sahaja, pihak berkuasa menerima sekitar 2,500 aduan setiap bulan tentang bunyi bising dari jiran.
Para Pegawai Hubungan Masyarakat boleh menggunakan sensor bunyi untuk mengesan dan mengukur tahap bunyi bising.
Apabila berdepan dengan pelaku yang mungkin mempunyai masalah kesihatan mental tersembunyi pula, para pegawai akan mengeluarkan perintah rawatan mandatori sebagai langkah terakhir.
Pengarah Perubatan, The Starfish Clinic of Psychiatry & Mental Wellness, Dr Syed Harun Alhabsyi berkata: "Ia benar-benar tentang bersikap adil kepada individu dengan masalah kesihatan mental bahawa selagi gerak hati mereka kekal utuh dan mereka dapat menggunakan kebebasan itu dari segi keputusan mereka untuk sama ada mendapatkan rawatan ataupun tidak.
"Tentunya, jika kesedaran anda lemah, maka saya rasa rawatan mandatori sesuatu yang adil dan penting," tambahnya.
Pemerintah menyatakan ia akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain berhubung penilaian dan rawatan pihak bermasalah yang mungkin mengalami isu-isu kesihatan mental.
Ia akan dirintis di Tampines selama setahun mulai suku kedua tahun ini, dengan rancangan untuk memperluaskan inisiatif tersebut ke merata negara.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.