Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganjuran rapi, layanan mesra Arab Saudi pastikan Haji lancar buat para jemaah: Dr Maliki

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jun 2024 09:09AM Dikemas Kini : 18 Jun 2024 10:15PM
SINGAPURA: Ketua Delegasi Haji Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman berkata bahawa aturan rapi serta layanan mesra yang dihulurkan oleh Arab Saudi memastikan bahawa para jemaah dapat menjalankan ibadah haji dengan lancar.

Demikian menurut Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar itu menerusi catatan Facebook beliau, semasa menzahirkan rasa berbesar hati atas undangan ke majlis istimewa oleh Putera Mahkota Saudi di Mina.
"Berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Haji Singapura tahun ini merupakan satu keistimewaan yang mendalam. Ketika majlis itu, saya berpeluang menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Putera Mahkota atas kepimpinan yang hebat serta kejayaan pengurusan bagi Haji tahun ini.

"Aturan rapi dan layanan mesra yang dihulurkan oleh Arab Saudi memastikan kesemua jemaah dapat menjalankan ibadah haji yang lancar dan mempertingkat kerohanian bagi semua jemaah," kata Dr Maliki.

Beliau turut bertemu beberapa pemimpin agama dan ketua-ketua delegasi lain dari seluruh dunia.

Ini termasuk Mufti Mesir, Mufti Thailand, Menteri Haji dari Jordan dan Algeria, Menteri Turki bagi Ehwal Agama serta Ketua Delegasi dari Turki, Mauritius, China dan India.
"Pertemuan ini tidak ternilai, ia memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat Islam global. Haji tahun ini benar-benar menunjukkan kekuatan iman kita bersama dan betapa pentingnya untuk berkumpul dalam ibadah dan persahabatan."
 
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan