Penganjur bazar Ramadan ingin pelihara tradisi di tengah permintaan meningkat bagi makanan ikut trend
Anggaran Waktu Membaca:

Beberapa gerai di bazar Ramadan di Singapura menawarkan sajian moden seperti pasta 'cheese wheel'.
SINGAPURA: Beberapa penganjur bazar Ramadan di seluruh Singapura berharap untuk memelihara tradisi dan warisan bazar perayaan ini, di tengah-tengah permintaan meningkat bagi hidangan 'trendy' seperti pasta 'cheese wheel' dan minuman matcha.
Selama beberapa dekad, bazar-bazar ini dianjurkan untuk rakyat Singapura bagi membangkitkan semangat dan suasana di bulan suci Ramadan.
Namun, di beberapa bazar di Geylang Serai dan Kampong Gelam, kurang daripada separuh gerai makanan menawarkan hidangan tradisional. Selebihnya menjual makanan moden untuk kekal berdaya saing.
Ramai pelanggan juga memberitahu Mediacorp bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, warisan budaya yang kaya dari masyarakat Muslim di negara ini semakin pudar dengan adanya produk-produk yang diberikan suntikan moden.
MEMELIHARA TRADISI DAN WARISAN
Hakikatnya, para penganjur bazar prihatin tentang tradisi yang semakin hilang.
Kamal Rouzie, penganjur bazar Gemilang Kampong Gelam 2025 berkata: "Ramadan adalah tempoh di mana kita perlu memberi tumpuan kepada tradisi, kerana sepanjang tahun, kita sering menawarkan sentuhan moden, sentuhan kontemporari."
Sekalipun demikian, beliau berkata dengan adanya gerai-gerai baharu, selain gerai-gerai yang tradisional, dapat membantu menarik demografik baharu pengunjung ke bazar.
Di bazar Kampong Gelam, yang dibuka pada 19 Februari, hanya tiga daripada 10 gerai makanan menawarkan sajian tradisional termasuk sate dan otak-otak.
Ini dibayangi oleh gerai-gerai yang menawarkan sajian moden seperti pasta 'cheese wheel' dan donat.
Pengendali bazar sudah cuba mencapai keseimbangan antara memenuhi permintaan orang ramai dengan tawaran yang lebih moden dan cuba memelihara warisan sebanyak mungkin.
"Kampong Gelam sentiasa menjadi tempat yang penting dan tempat bersejarah yang menarik ramai pengunjung, sama ada penduduk tempatan atau pelancong, dan saya percaya bazar ini pasti akan menjadi daya tarikan supaya orang datang," kata Encik Burhan Jumadi, pengurus kempen di Gemilang Kampong Gelam 2025.
"Saya rasa pengunjung, dari tahun ke tahun, telah datang ke sini untuk makanan, untuk program-program menarik yang diadakan, dan juga untuk menikmati suasana bulan Ramadan."
PENUHI KEPERLUAN PELBAGAI GENERASI
Walaupun gerai-gerai kini berwajah moden, penganjur menawarkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk mengimbangi suasana.
Encik Burhan berkata kegiatan-kegiatan tambahan ini, dari melukis batik hingga bengkel khat Arab, selaras dengan "banyak aspek budaya dan warisan orang Melayu-Islam".
Kebanyakan bazar akan beroperasi sepanjang bulan puasa sehingga Hari Raya Puasa pada 31 Mac.
Di kawasan perumahan, penganjur bazar Ramadan di Woodlands berkata ia menawarkan campuran yang sama rata antara tawaran tradisional dan moden untuk memastikan ada sesuatu untuk setiap orang.
Deanna Shaharuddin, pengerusi Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu di Kelab Masyarakat Woodlands, berkata: "Kami mahu keluarga datang untuk bergembira, membeli makanan, dan kami sebenarnya cuba untuk memenuhi keperluan kedua-dua generasi."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.