Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganjur acara, pengendali lokasi akan pantau sisa & pelepasan karbon

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2022 09:09PM Dikemas Kini : 01 Dec 2022 09:13PM
SINGAPURA: Penganjur acara dan pengendali lokasi dijangka memantau sisa dan pelepasan karbon menjelang tahun depan.

Itu merupakan antara sasaran-sasaran dalam satu peta hala tuju baru, bagi menghijaukan sektor persidangan, insentif, konvensyen dan pameran, atau MICE.

Di bawah hotel Marina Bay Sands, wujud sebuah 'bandar' bawah tanah.

Di situlah, sampah sarap diasing-asingkan.

Ia termasuk kotak kadbod dan sisa bahan makanan yang akan dikitar semula.

Meskipun ada inisiatif seperti itu, pihak penganjur acara masih belum pasti sekiranya usaha mereka mencukupi.

Lantaran itulah Lembaga Pelancongan Singapura sedang membangunkan satu piawai kemampanan, yang boleh digunakan pelbagai pengendali lokasi dan penganjur acara.

Langkah pertama ialah menjejak jumlah sisa makanan dan pelepasan karbon.

Piawai itu bukan sesuatu yang mesti dipatuhi, tetapi memberi kelebihan kepada mereka yang mengamalkannya.

Pematuhan bermakna ia dapat menarik pelanggan lebih besar, yang mengutamakan perlindungan persekitaran.

Menjelang 2025, kesemua enam lokasi MICE seperti Singapore Expo dan Pusat Pameran Changi, dijangka menerima pensijilan nasional atau antarabangsa bagi mengukur kemampanan mereka.
Sumber : CNA/KH/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan