Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganjur acara kumpul dana batal projek tampilkan parti politik S'pura

 Seorang lelaki yang merancang untuk menganjurkan satu acara mengumpul dana yang akan menyaksikan para anggota beberapa parti politik mengumpul kotak kadbod merata Singapura hari ini (14 Dis), sudah membatalkan rancangannya pada saat-saat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur acara kumpul dana batal projek tampilkan parti politik S'pura

(Gambar: Happy People Helping People Community/Facebook)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 01:04PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 01:10PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang merancang untuk menganjurkan satu acara mengumpul dana yang akan menyaksikan para anggota beberapa parti politik mengumpul kotak kadbod merata Singapura hari ini (14 Dis), sudah membatalkan rancangannya pada saat-saat akhir.

Encik Mohammad Nafiz Kamarudin, 38 tahun, berkata bahawa beliau diberitahu pihak polis pada Khamis lalu bahawa beliau perlu mendapatkan permit untuk menganjurkan acara itu.

Bercakap kepada Mediacorp semalam, pada mulanya beliau merancang akan meneruskan acara tersebut walaupun terdapat notis daripada pihak polis.

"Apa yang akan berlaku (esok), jadilah... Ini sudah tentu tidak akan membahayakan sesiapa saja. Malah, ia lebih baik... jika mereka mahu mendakwa saya bagi perkara sebegini, silakan mendakwa saya."

Bagaimanapun, pada malam semalam, beliau mengubah fikirannya lalu membatalkan niatnya setelah pihak polis mengeluarkan kenyataan kepada pihak media semalam. Menurutnya, ini kerana kebanyakan parti politik mahu menarik diri daripada acara itu.

Encik Nafiz menerajui kumpulan Happy People Helping People Community dan kumpulan itu merancang untuk mengadakan satu acara mengumpul dana yang diberi nama A Mile in Their Shoes- ‘Leaders of Singapore’.

Kumpulan itu mendakwa sudah mendampingi semua parti politik di sini yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Para peserta akan mengikuti para individu yang menyara hidup dengan mengumpul kotak kadbod, dan mengalami sendiri kegiatan mengumpul kadbod," katanya.

Ia juga membuka akaun online supaya orang awam boleh menyumbang derma "untuk menyokong parti-parti mereka" dan dana itu akan diagihkan kepada para pengumpul kadbod.

Di laman Facebooknya, ia menyatakan pada Khamis bahawa empat parti politik - SDP, Parti Kuasa Rakyat (PPP), Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan Parti Reform - sudah menghantar peserta bagi acara itu.

Menurut Encik Nafiz pada hari yang sama, pihak polis memberitahunya bahawa beliau harus membuat permohonan untuk mendapatkan permit.

Dalam kenyataan medianya, pihak polis menyatakan bahawa kumpulan itu gagal membuat permohonan bagi sebarang lesen di bawah Akta Kutipan Dari Rumah ke bagi aktiviti tersebut.

Kumpulan itu juga bukan sebuah pertubuhan amal yang berdaftar jika ia mahu mengumpul dana.

Menurut pihak polis lagi, acara itu "bukan setakat membantu para pengumpul kotak kadbod dan kelihatan seperti mempolitikkan sesuatu isu sosial".

Menurut peniliaian polis, acara itu berbentuk satu perhimpunan awam, dan ini memerlukan permit polis di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan