Skip to main content

Singapura

Pengangkutan satu cabaran bagi Sentosa pikat pengunjung malam

Sentosa merancang untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau peranginan itu pada waktu malam. Namun para penganalisis berkata kemudahan pengangkutan mungkin boleh menjadi satu masalah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2019 10:36PM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 10:42PM

SINGAPURA: Sentosa merancang untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau peranginan itu pada waktu malam. Namun para penganalisis berkata kemudahan pengangkutan mungkin boleh menjadi satu masalah.

Setiap tahun, Sentosa menarik sekitar 19 juta pengunjung.

Pengendalinya, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), berharap angka tersebut akan meningkat dengan lebih banyak daya tarikan sebelah malam kini dalam perancangan.

Sebuah taman kontena akan dibuka pada hujung tahun ini yang turut merangkumi ruang acara yang boleh menampung sehingga 6,000 orang.

Lebih banyak festival muzik dan senaman turut dirancang.

Namun beberapa penganalisis mengatakan tarikan pengunjung tersebut boleh mendatangkan tekanan terhadap prasarana yang sedia ada.

Ini termasuk keterbatasan rangkaian pengangkutan untuk menampung jumlah pengunjung yang lebih besar.

Pada masa ini, kebanyakan pengunjung memasuki Sentosa dengan menaiki kenderaan, monorail, berjalan kaki menerusi Sentosa Causeway, atau menaiki kereta kabel.

Bas ulang-alik turut disediakan.

Selain daripada khidmat yang lebih kerap, para penganalisis mengatakan huraian jangka masa panjang boleh diterokai.

Misalnya, dengan membuka rangkaian jalan baru dari Pulau Brani atau dengan menghubungkan pulau utama berdekatan dengan kawasan barat di mana letaknya Pulau Keppel.

Sementara itu, bas-bas ulang alik tanpa pemandu akan diuji guna tahun ini dan lebih banyak stesen kereta kongsi elektrik BlueSG akan disediakan di Pulau Sentosa. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita