Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganggur dipenjara 6 minggu curi 3 tin Coca-Cola dari minimart

Anggaran Waktu Membaca:
Penganggur dipenjara 6 minggu curi 3 tin Coca-Cola dari minimart

(Gambar: AFP/Getty Images North America/ Scott Olson)

SINGAPURA: Seorang penganggur lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam minggu pada Selasa (13 Sep) atas kesalahan mencuri tiga tin Coca-Cola dari sebuah kedai serbaneka.

Jeswindar Singh Dilbara Singh, 61 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan mencuri.

Mahkamah diberitahu Singh sedang berjalan melalui sebuah kedai serbaneka di Blok 9 Jalan Rumah Tinggi di Bukit Merah pada pagi 26 Ogos lalu apabila dia memutuskan untuk mencuri beberapa tin minuman.

Dia membuka pintu peti sejuk dan mengambil tiga tin Coca-Cola tanpa membuat pembayaran.

Pada lewat pagi itu, pemilik kedai berkenaan sedang bersiap sedia untuk memulakan perniagaan apabila isterinya menyedari pintu peti sejuk tersebut renggang sedikit.

Pasangan itu kemudian menyaksikan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan ternampak Singh mencuri tiga tin Coca-Cola bernilai S$3 dari peti sejuk tersebut. Mereka kemudian menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF).

Singh dikenal pasti melalui rakaman kamera polis dan dia diberkas pada hari yang sama.

Polis menyerbu flatnya dan menemui dua tin Coca-Cola dalam peti sejuknya. Air tin itu kemudian dipulangkan kepada kedai tersebut.

Tin ketiga sudah diminum oleh Singh dan dia tidak membuat sebarang bayaran balik, kata pendakwa raya.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan