Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengambilan pekerja tempatan suku ke-3 kurangkan kemerosotan keseluruhan pekerja digajikan

Kemerosotan pada jumlah pengambilan pekerja adalah jauh lebih rendah bagi suku ketiga 2021, sebahagian besarnya disebabkan oleh penggajian penduduk yang "meningkat dengan kukuh", menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan pasaran buruh terkini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kemerosotan pada jumlah pengambilan pekerja adalah jauh lebih rendah bagi suku ketiga 2021, sebahagian besarnya disebabkan oleh penggajian penduduk yang "meningkat dengan kukuh", menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan pasaran buruh terkini.

Pengambilan pekerja penduduk melonjak sebanyak 19,100,manakala dalam kalangan bukan penduduk pula merosot sebanyak 21,500, pada rentak yang sama dengan suku kedua. Secara keseluruhannya, pengambilan pekerja merosot sebanyak 2,400 berbanding kejatuhan 16,300 pada suku sebelumnya.

Sekatan sempadan yang masih dilaksanakan menyumbang kepada penguncupan pengambilan pekerja bukan penduduk bagi kebanyakan industri, menurut MOM.

Pemulihan dalam pasaran buruh kekal tidak rata dengan pertumbuhan pengambilan pekerja penduduk dalam sektor pengguna dan berkaitan pelancongan masih hambar. Ini termasuk sektor-sektor seperti khidmat makanan dan minuman (F&B), kesenian, hiburan dan rekreasi, penginapan serta perdagangan runcit.

Industri-industri yang mencatatkan pengambilan pekerja lebih tinggi termasuk sektor perhubungan dan penerangan, khidmat profesional dan khidmat kewangan selain khidmat pentadbiran dan sokongan serta khidmat kesihatan dan sosial.

Meskipun menunjukkan kemajuan, kadar pengangguran penduduk buat jangka panjang masih terus melebihi paras sebelum COVID, menurut MOM.

Kadar pengangguran keseluruhan yang disesuaikan secara musiman merosot lanjut sebanyak 0.1 peratusan mata kepada 2.6 peratus dari Ogos hingga September. Kadar pengangguran purata tahunan pada 2019 adalah 2.3 peratus.

Kini, kadar pengangguran penduduk mencatatkan 3.5 peratus manakala kadar pengangguran rakyat adalah 3.7 peratus. Kadar pengangguran jangka panjang penduduk meningkat dari 0.9 peratus pada Jun kepada 1.2 peratus pada September 2021.

PEMULIHAN LALUAN UDARA

Jumlah pekerja yang diletakkan di bawah minggu kerja yang singkat atau diberhentikan buat sementara waktu juga susut kepada 4,060 dari 5,580 pada suku sebelumnya. Namun, jumlah itu kekal berada di atas paras sebelum pandemik.

"Yang perlu diberi perhatian adalah kemerosotan ketara bagi jumlah pekerja dari sektor pengangkutan udara dan segmen perkhidmatan berkaitan dengannya yang diletakkan di bawah minggu kerja yang singkat atau diberhentikan buat sementara waktu. Kami melihat ini sebagai satu perkembangan positif memandangkan sekatan perjalanan yang perlu ditempuhi sektor itu bagi kebanyakan tahun ini," kata Setiausaha Tetap MOM Aubeck Kam.

"Maka itu, kami menjangkakan pengurangkan secara berperingkat-peringkat dalam jumlah pekerja yang diletakkan di bawah minggu kerja lebih singkat atau yang diberhentikan buat sementara waktu."

Jumlah pemberhentian kerja jatuh dari 2,340 pada suku kedua kepada 1,900 pada suku ketiga. Ini bermakna kemerosotan dalam insiden pemberhentian kerja kepada 1.1 pemberhentian bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 1.3.

Kadar kemasukan semula penduduk yang menganggur bagi tempoh enam adalah 66 peratus, naik dari 64 peratus. Kadar ini sama seperti yang disaksikan pada suku pertama tahun ini.

Jumlah kerja kosong terus bertambah dari 92,100 pada Jun 2021 kepada 98,700 pada September 2021 meskipun rentak peningkatan lebih lembap.

JUMLAH KES KOSONG TINGGI

Dengan jumlah pemohon kerja yang merosot, nisbah antara kerja kosong dengan individu yang menganggur adalah lebih tinggi, dengan 209 kerja kosong ditawarkan bagi setiap 100 penganggur pada September. Jumlah itu meningkat dari 163 pada Jun. Nisbah antara kerja kosong dengan penganggur kali terakhir mencatatkan angka atas dua pada 1997, menurut MOM.

Encik Kam mengaitkan perkara ini kepada dua faktor: Permintaan berterusan bagi pekerja dalam sebilangan sektor pertumbuhan dan penurunan ketara dalam jumlah pemegang permit kerja.

Terdapat permintaan bagi sektor-sektor pertumbuhan seperti khidmat profesional, khidmat kewangan, penerangan dan perhubungan serta khidmat kesihatan dan sosial, di mana pengambilan pekerja penduduk meningkat seiringan.

Pekerjaan dalam permintaan termasuk pencipta perisian, laman pelbagai media, penganalisis sistem, pegawai eksekutif komersil dan pemasaran, akauntan serta jururawat.

Bagaimanapun, dengan sekatan sempadan terus menyekat aliran pekerja hijrahan, sektor-sektor yang menyaksikan kemerosotan ketara dalam jumlah pemegang permit pekerja - khususnya pengilangan, binaan, khidmat F&B serta khidmat pentadbiran dan sokongan - membentuk 38 peratus daripada keseluruhan kerja kosong.

Jumlah kerja kosong dan nisbah antara kerja kosong dengan penganggur dijangkakan kekal tinggi sehingga sekatan sempadan ditarik balik.

PEMULIHAN DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA 2022

Di samping unjuran pertumbuhan ekonomi, pasaran buruh dijangka terus pulih hingga hujung tahun dan tahun depan, meskipun tidak rata dari sektor ke sektor.

MOM menjangkakan permintaan pasaran buruh lebih tinggi sedang sekatan sempadan terus menghambat aliran pekerja hijrahan untuk memasuki Singapura.

"Pemerintah dan rakan-rakan kongsi perikatan tiga pihak kami akan terus menyokong para pekerja untuk mempercepatkan rentak transformasi, bergantung kepada tenaga kerja lebih rendah dan memperkukuhkan tenaga kerja tempatan," tambah MOH.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan