Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengamat optimis Singapura mampu tangani inflasi, risiko eksport

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jul 2022 06:01PM Dikemas Kini : 02 Jul 2022 10:09PM
SINGAPURA: Nilai dolar Singapura yang lebih kukuh menjejas pengeksport tempatan yang sudahpun merasakan kesan daripada kadar inflasi yang tinggi dan gangguan kepada rantaian bekalan global.

Para pengamat industri berkata keadaan itu mungkin menghambat rancangan Singapura hendak mengembangkan eksport negara ini mencapai nilai sekurang-kurangnya S$1 trilion menjelang tahun 2030.
Namun, mereka tetap berasa yakin syarikat-syarikat Singapura mampu menangani risiko itu.

Perniagaan syarikat FISH misalnya masih mampu berjalan dengan baik.

Syarikat pengeksport makanan laut FISH menyatakan harga produk seperti ikan salmon dan tuna naik 15 peratus berbanding setahun lalu.

Selain itu, kadar inflasi yang tinggi dan gangguan kepada rantaian bekalan serta kos elektrik dan pengangkutan yang meningkat juga menambah perbelanjaan syarikat tersebut.
Walaupun pendapatan syarikat itu berkurangan, syarikat FISH masih melabur sekitar S$20 juta untuk membuka sebuah pusat pemprosesan baru di Singapura.

Ia meramalkan permintaan bagi produk makanan termasuk makanan laut akan terus naik dalam jangka panjang.

Namun para pengamat ekonomi berkata langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) baru-baru ini memperketatkan dasar kewangan akan menaikkan nilai dolar Singapura.
Langkah itu membawa kepada kesan baik dan buruk kepada syarikat-syarikat.

Ia menurunkan kos import tetapi menyebabkan eksport negara menjadi lebih mahal, sekali gus melemahkan daya saing.

Sungguhpun begitu, seorang pakar ekonomi bank DBS, Irvin Seah, berkata dolar Singapura yang teguh juga mencetuskan peluang untuk syarikat-syarikat tempatan melabur di luar negara.

Encik Seah menjelaskan, dolar Singapura yang kukuh akan menjadikan lebih murah untuk berniaga, membeli bahan dan menggaji pekerja di negara yang mata wangnya lemah berbanding Singapura.

Syarikat-syarikat juga boleh memanfaatkan skim pemerintah untuk meneroka pasaran luar negara.

Ini termasuk Geran Bantuan Kesediaan Pasaran yang membiayai bersama sehingga 70 peratus kos perniagaan.

Bagi meningkatkan perdagangan, usaha-usaha turut dijalankan untuk menarik pedagang sejagat menjalankan lebih banyak kegiatan di Singapura.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan