Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengamal TCM digantung khidmat kerana sebabkan kaki pesakit dipotong

Seorang pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) digantung khidmat selama tiga tahun dan didenda S$5,000 selepas melaksanakan pelbagai rawatan terhadap seorang pesakit yang menyebabkannya perlu mengudungkan kakinya dari bahagian lutut ke bawah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengamal TCM digantung khidmat kerana sebabkan kaki pesakit dipotong

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 11:31PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 11:33PM

SINGAPURA: Seorang pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) digantung khidmat selama tiga tahun dan didenda S$5,000 selepas melaksanakan pelbagai rawatan terhadap seorang pesakit yang menyebabkannya perlu mengudungkan kakinya dari bahagian lutut ke bawah.

Menurut kenyataan dari Lembaga Pengamal TCM hari ini (13 Mac), Lee Miing Chong cuba menyalahkan mangsa ketika siasatan dijalankan.

Lee, yang mengamalkan rawatannya di Royal Acupunture Specialist Centre di Toa Payoh, langsung tidak menunjukkan sebarang kekesalan dan berbohong di mahkamah, menurut jawatankuasa siasatan.

Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan sensasi yang lemah di kedua-dua belah kakinya itu melaporkan aduan terhadap Lee pada 3 April 2017, yang mendakwa salah laku profesional dan kecuaian dalam dua sesi konsultasi melibatkan Lee melakukan rawatan lampu panas, akupunktur dan rawatan denyutan elektrik.

Tapak kaki mangsa mula melecet dan mengeluarkan cecair selepas konsultasi pertama dan mangsa kembali mendapatkan rawatan. Lee membersihkan, membubuh ubat dan membalut kakinya.

Namun demikian, mangsa mula mengalami demam panas pada waktu malam pada hari yang sama. Mangsa bertemu Lee sekali lagi pada keesokan harinya untuk konsultasi yang kedua dan beliau diberikan rawatan akupunktur dan denyutan elektrik.

Keadaan kaki mangsa menjadi lebih teruk selepas itu dan beliau dimasukkan ke hospital kerana luka-luka kebakaran yang serius.

Disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya, luka-luka di kaki mangsa tidak beransur pulih dan sebahagian kaki kirinya dari bahagian paras lutut ke bawah terpaksa dipotong.

Sumber : CNA/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan