Skip to main content

Singapura

Pengalaman sebagai CEO NTUC Income dapat bantu urus rizab negara: Tan Kin Lian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bakal calon presiden, Tan Kin Lian, berkata pengalamannya selama 30 tahun selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC Income, menjadikan beliau sebaik GIC atau mungkin lebih baik lagi untuk menguruskan rizab negara Singapura.

Beliau mengulas demikian setelah seorang lagi bakal calon, Ng Kok Song, semalam (13 Ogos) berkata bahawa Encik Tan dan Encik George Goh masih belum membuktikan bahawa mereka memahami bagaimana untuk melindungi rizab negara.
"Saya rasa pengalaman saya mungkin sama baik seperti GIC. Mungkin lebih baik. Apabila saya menyertai (NTUC Income) asetnya adalah S$28 juta. Apabila saya keluar, ia S$17 billion. Jadi saya tahu bagaimana untuk mengembangkan aset," kata Encik Tan.

Encik Tan pada pagi Isnin (14 Ogos) mengunjungi sebuah kedai kopi di Sengkang.

Beliau menyantuni para penduduk dan memberikan buku nota kepada sebilangan mereka.

Encik Tan kemudian memberitahu media bahawa beliau bebas dan lebih tinggi dari politik serta ingin mencari penyelesaian kepada isu-isu utama seperti kos sara hidup yang tinggi.

Jika dipilih, beliau mahu bekerjasama dengan pemerintah dan bukan menentangnya.

Beliau juga berkata bahawa jadualnya padat bagi persiapan Pilihan Raya Presiden kerana ia mengambil masa dan sumber untuk mencetak bahan-bahan, walaupun tiada kepastian sama ada beliau akan layak.
Sumber : CNA/DA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita