Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengalaman SAF bantu dalam pengurusan Majlis Bandaran, kata calon PAP Gan Siow Huang

Calon PAP Gan Siow Huang berkata pengalamannya dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membantunya dalam pengurusan Majllis Bandaran jika beliau dipilih.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jul 2020 10:00PM Dikemas Kini : 05 Jul 2020 10:21PM

SINGAPURA: Calon PAP Gan Siow Huang berkata pengalamannya dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membantunya dalam pengurusan Majllis Bandaran jika beliau dipilih.

Cik Gan yang bertanding buat kali pertama di SMC Marymount, berkata demikian selepas menemui penduduk di Shunfu Mart hari ini (5 Jul).

Cik Gan pernah menyandang pangkat Komander markas SAF yang menyelia empat pangkalan udara di Singapura.

Tugasnya termasuk memastikan kesediaan operasi dan menggembeleng sekumpulan besar anggota untuk bekerjasama.

Cik Gan juga adalah Brigedier-Jeneral wanita yang pertama di Singapura.

Beliau berkata ini telah menarik sesetengah perhatian,tetapi latar belakang ketenteraannya juga telah menyebabkan beliau dilabel.

Namun Cik Gan terbuka dengan keadaan ini, kerana fokusnya adalah untuk berkhidmat kepada penduduk.  

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan