Pengakuan salah anggota sindiket vape dedah cara operasi di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Vape dan barang-barang berkaitan yang dirampas dalam serbuan tersebut. (Gambar: HSA)
SINGAPURA: Selama lebih tiga tahun, sebuah sindiket tempatan mengedar rokok elektronik yang diimport dari Malaysia, dengan merekrut anggota di pelbagai peringkat serta menyewa gudang di Lentor dan Canberra untuk menyimpan barangan tersebut.
Kumpulan itu mengendalikan kumpulan sembang di Telegram dan WhatsApp bagi menguruskan tempahan dan penghantaran.
Apabila pihak berkuasa menjalankan serbuan pada 16 Oktober 2025, lebih 57,000 vape dan komponen berkaitan dirampas dari dua gudang tersebut.
Pada Khamis (6 Ogos), seorang anggota peringkat bawahan mengaku bersalah, sekali gus mendedahkan cara sindiket itu beroperasi.
Roy Tan Jun Jie, 34 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah yang berpangkalan di Singapura dan satu tuduhan memiliki produk tembakau tiruan untuk dijual.
KES
Tan menyertai sindiket itu pada Oktober 2024 sebagai pengedar kawasan peringkat ketiga selepas direkrut oleh anggota sindiket Adrian Chia Hong Qing.
Tan menghantar antara 15 hingga 30 tempahan sehari, memperoleh antara S$3,000 dengan S$4,000 sebulan, dan dianggarkan memperoleh sekitar S$45,000 sepanjang pelibatannya.
Mahkamah diberitahu bahawa sindiket itu mempunyai beberapa anggota lain yang menghadapi pendakwaan, kebanyakannya warga Singapura.
Sindiket itu mengedar vape yang diimport dari Malaysia dari pertengahan 2022 hingga 16 Oktober 2025 menerusi struktur tiga peringkat, dengan ketua sindiket tempatan menerima arahan daripada individu yang dikenali sebagai "Nobody", yang dipercayai berpangkalan di Malaysia.
OPERASI SINDIKET
Sindiket itu beroperasi dari gudang di Canberra dan Lentor, di mana para ketuanya menguruskan bekalan, membungkus tempahan dan menyelaraskan penghantaran dari Malaysia.
Sindiket itu berkomunikasi menerusi WhatsApp dan Telegram serta beroperasi setiap hari kecuali Ahad, dengan menghantar antara 105 dengan 210 tempahan setiap hari.
Tan diberkas pada 16 Oktober 2025. Polis merampas 31 vape dan barangan berkaitan daripadanya, bersama wang tunai sekitar S$2,400. Polis turut memberkas 11 lelaki dan seorang wanita pada hari yang sama sebelum menemui dua lokasi penyimpanan tersebut.
Beberapa serbuan berikutnya dijalankan di tempat lain, mendedahkan dua lokasi penyimpanan.
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara antara 10 dengan 11 bulan serta denda S$45,000, dengan menyatakan Tan dipercayai menghantar lebih 10,000 vape atau komponen vape.
RAYUAN HUKUMAN
Peguam Tan memohon hukuman penjara enam bulan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertamanya dan Tan hanya bertugas sebagai penghantar, tanpa banyak kawalan terhadap operasi sindiket.
Kes itu ditangguhkan untuk hukuman.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.