Pengakuan Joseph Schooling, Amanda Lim ambil ganja: SportSG pandang serius salah laku atlit Team S'pore
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar Fail: Team Singapore, Singapore Swimming Association, Simone Castrovillari/Facebook)
SINGAPURA: Sport Singapore (SportSG) memandang serius terhadap salah laku atlit-atlit Team Singapore, tekannya pada Selasa (30 Ogos), setelah perenang Joseph Schooling mengaku sudah mengambil ganja di luar negara.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan agensi tersebut:
"Biro Narkotik Pusat (CNB) sudah menjalankan siasatan ke atas Amanda Lim dan Joseph Schooling bagi kemungkinan kesalahan berkaitan dengan pengambilan ganja.
Dalam kesimpulan bagi siasatan ini, Amanda Lim telahpun diberi amaran tegas daripada CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah; Jospeh Schooling sudah dirujukkan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF)/Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) supaya MINDEF/SAF dapat menilai dan mengambil langkah-langkah sewajarnya, memandangkan dia sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Lim dan Schooling adalah atlit negara yang menerima sokongan daripada SportSG memandangkan mereka mewakili agensi itu. Kesemua atlit TeamSG diharapkan dapat menegakkan standard tatalaku yang tertinggi sebagai wakil Singapura di pentas dunia sukan pada setiap masa.Tingkah laku yang menyalahi undang-undang atau tidak menjunjung semangat kesukanan tidak boleh diterima sama sekali.
SportSG berhasrat untuk menyelidik secara menyeluruh serta teliti keadaan di sebalik kes-kes ini dan menentukan langkah-langkah wajar yang patut diambil kemudian.
Persatuan Renang Singapura (SSA) dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) akan juga menilai langkah-langkah yang wajar diambil bagi pihak mereka.
Singapura mengamalkan pendirian sifar tolak ansur terhadap dadah. SportSG dan SSA akan melibatkan persatuan renang serta fraterniti sukan lain untuk menekankan kepentingan mematuhi undang-undang Singapura berhubung dadah pada setiap masa."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.