Pengakap mula dipindahkan dari kem jambori susuli cuaca ekstrim Korea Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Anthony Wallace
BUAN: Pihak berkuasa Korea Selatan sedang memindahkan puluhan ribu pengakap dari kem jambori mereka di kawasan pantai daerah Buan di barat daya negara itu pada Selasa (8 Ogos).
Gerakan tersebut dilakukan kerana kawasan itu dijangka dibadai Taufan Khanun.
Ketua pengakap menyifatkan cabaran yang dihadapi tersebut sebagai sesuatu yang belum pernah dihadapi sejak acara jambori global diadakan sepanjang seabad lalu.
"Ia adalah pertama kali dalam lebih 100 tahun Jambori Pengakap Dunia diadakan, di mana mereka perlu berdepan dengan cabaran yang teruk sedemikian," ujar Encik Ahmad Alhendawi, Setiausaha Agung Persatuan Dunia Pergerakan Pengakap, dalam satu kenyataan.
Lebih seribu kenderaan digunakan bagi memindahkan 37 ribu pengakap yang sebahagian besarnya, remaja.
Hampir kesemua pengakap dari 158 negara itu akan ditempatkan di ibu kota Seoul dan kawasan sekitarnya.
Sebelum ini, beberapa ratus peserta jambori itu jatuh sakit kerana cuaca amat panas hingga menyebabkan kumpulan-kumpulan dari Britain dan Amerika Syarikat menarik diri.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.