Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengagihan token TraceTogether: Penduduk beratur panjang di Marsiling CC

Ramai orang beratur panjang hari ini (29 Okt) di Kelab Masyarakat Marsiling untuk mendapatkan token TraceTogether.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2020 06:47PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 09:41PM

SINGAPURA: Ramai orang beratur panjang hari ini (29 Okt) di Kelab Masyarakat Marsiling untuk mendapatkan token TraceTogether.

Kelab Masyarakat Marsiling merupakan yang pertama menyambung pengagihannya setelah ia digantung sehari.

Para penduduk berkata mereka perlu menunggu selama 45 minit bagi mengambil token TraceTogether pada pagi tadi.

Sebelum ini, penduduk boleh mengambil token tersebut di mana-mana tempat pengedarannya. 

Namun, ia menyebabkan ramai orang terpaksa beratur panjang di beberapa kelab masyarakat.

Kini, orang ramai hanya boleh mengambil token TraceTogether di kelab masyarakat dalam kawasan undi mereka.

Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital mengatakan ada cukup bekalan token itu bagi setiap kawasan undi.

Tempat-tempat pengedaran lain akan dibuka secara bertahap-tahap dari sekarang hingga Disember nanti.

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan