Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerima vaksin Sinovac hampir 5 kali ganda mungkin alami gejala teruk COVID-19 berbanding Pfizer

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2022 07:34PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 11:12PM

SINGAPURA: Satu kajian tempatan mendapati bahawa mereka yang mengambil vaksin Sinovac hampir lima kali ganda berkemungkinan mengalami gejala teruk COVID-19 berbanding mereka yang mendapatkan vaksin Pfizer.

Kajian yang diterbitkan pada Selasa (12 Apr) melibatkan sekitar 2.7 juta penduduk Singapura berusia 20 tahun ke atas yang sudah menerima dua dos vaksin di bawah program vaksinasi negara.

Kajian itu dijalankan selama tujuh minggu tahun lalu dari bulan 1 Oktober hingga November lalu, iaitu semasa kes positif dalam negara melonjak disebabkan penularan varian Delta.

Kajian berkenaan mendedahkan mereka yang menerima vaksin Sinopharm sekitar 1.58 kali ganda berkemungkinan mengalami COVID-19 yang teruk.

Pada masa yang sama, kajian tersebut mendapati bahawa vaksin Moderna pula lebih berkesan mencegah penyakit teruk berbanding vaksin Pfizer.

Selain peluang lebih tinggi mengalami jangkitan lebih teruk, para penerima vaksin Sinovac juga dua kali ganda lebih tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang menerima vaksin Pfizer.

Sementara itu, para penerima vaksin Moderna didapati kurang berkemungkinan dijangkiti.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan