Penerima Pingat Budaya, Rahimah Rahim mahu terus ukir legasi, lancar lagu baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menerima pengiktirafan berprestij Anugerah Pingat Budaya pada 2021 bukan sekadar satu penghormatan bagi penyanyi tersohor tempatan, Rahimah Rahim tapi ia sesuatu yang disifatkannya sebagai “tanggungjawab besar”.
Pengiktirafan tersebut mendorong biduanita berusia 70 tahun itu, melancarkan sebuah lagu baharu berjudul ‘Hidup Ini’, berbekal harapan agar orang ramai akan terus mengingati legasinya sebagai anak seni yang telah berkarya lebih enam dekad.

Selain lagu ‘Hidup Ini’, Rahimah Rahim turut memberi nafas baru kepada sebuah lagu klasik era 1960-an, ‘Si Manis 17’, yang pernah dinyanyikan oleh arwah bapa saudaranya, pelakon dan penyanyi lagenda, Almarhum Ahmad Daud.
Kedua-dua lagu itu adalah sebahagian daripada usaha dilaksanakan Rahimah Rahim untuk meneruskan legasi seninya, menggunakan geran bernilai S$80,000 yang diterima menerusi pengiktirafan Anugerah Pingat Budaya.
“Saya nak buat sesuatu yang orang boleh ingat saya sebab kita dah lama dalam seni ini (selama) enam dekad dan saya rasa saya nak orang di luar sana ingat kerja saya, kerjaya saya sebagai seorang penyanyi,” luah Rahimah Rahim kepada wartawan Syazwani Sanep dalam satu wawancara usai majlis pelancaran kedua-dua lagu itu pada Jumaat (16 Jan).

Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Zhulkarnain Abdul Rahim serta Datuk Bandar Daerah Tengah, Denise Phua.
‘HIDUP INI’ TAMPIL SISI BAHARU RAHIMAH RAHIM
Kali terakhir Rahimah Rahim melancarkan 'single' ialah pada 2017, menerusi lagu “Gelas Gelas Cinta”.
Selepas lapan tahun, beliau kembali dengan Hidup Ini, sebuah lagu bergenre 'swaying ballad' yang menampilkan sisi berbeza Rahimah Rahim kerana belum pernah menyampaikan lagu berentak sedemikian.
Lagu tersebut sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai penyanyi serba boleh yang mampu membawakan pelbagai genre, daripada pop Melayu dan jaz hinggalah ke Cantopop.
'Hidup Ini' digubah dan ditulis oleh pemuzik tempatan, Saifuldin Ali, dan mengisahkan liku-liku kehidupan serta pilihan yang membentuk perjalanan seseorang insan.
Dalam tempoh kurang dua minggu dimuat naik ke YouTube, video muzik Hidup Ini telah meraih hampir 1,000 tontonan - membuktikan bahawa bakat dan nama Rahimah Rahim masih terus disanjungi.
NAFAS BARU ‘SI MANIS 17’, SATU PENGHORMATAN KEPADA ALMARHUM AHMAD DAUD
Dengan darah seni yang mengalir dalam keluarganya, Rahimah Rahim tidak melepaskan peluang untuk memberi penghormatan kepada bapa saudaranya, Almarhum Ahmad Daud - seorang tokoh tersohor dalam industri muzik dan perfileman Melayu.
Beliau memberi nafas baharu kepada lagu klasik 1965, Si Manis 17, yang asalnya dipopularkan oleh Almarhum Ahmad Daud, yang juga merupakan guru vokalnya ketika Rahimah Rahim mula berjinak-jinak dalam dunia seni.
“Saya nak buat 'tribute' untuk beliau dan saya pilih lagu ini sebab belum ada lagi di pasaran. Tak ada orang lagi nyanyi lagu ‘Si Manis 17’ dengan versi baharu. Saya juga nak artis Singapura, untuk menyanyi bersama saya, anak-anak muda,” jelas Rahimah Rahim.
Hasrat Rahimah Rahim untuk menyuntik sentuhan generasi muda dalam ‘Si Manis 17’, akhirnya tercapai dengan kerjasama kugiran tempatan, The Pinholes.

Kedua-dua lagu ‘Hidup Ini’ dan ‘Si Manis 17’ tersedia di wadah Spotify, Apple Music dan YouTube.
RANCANG HASILKAN LAGU INGGERIS SULUNG PULA
Proses pembikinan dan penerbitan lagu-lagu itu mengambil masa kira-kira empat bulan dari September 2025.
Menurut Rahimah Rahim, penghasilan kedua-dua lagu tersebut menelan belanja kira-kira separuh daripada geran Anugerah Pingat Budaya yang diterimanya.
Setiap penerima anugerah itu diperuntukkan geran sebanyak S$80,000 bagi menjalankan projek seni masing-masing.
Ia bagi menyokong kesinambungan usaha seni si penerima, di samping memberi ruang kepada mereka untuk menyumbang kepada pembangunan seni dan budaya tanah air melalui projek kendalian sendiri yang melibatkan masyarakat.
Ditanya apa yang membakar semangat insan seni ini untuk terus berkarya meskipun sudahpun menjangkau enam dekad dalam seni, Rahimah Rahim berkata:
“Ini untuk (anak muda) lihat dan kalau tengok orang tua ini boleh buat, mereka boleh. Ini satu dorongan yang memberangsangkan untuk anak-anak yang cenderung kepada seni. Ini karya seni saya (khusus) untuk legasi akan datang,” ujarnya.
Seterusnya Rahimah Rahim merancang untuk memperuntukkan baki separuh daripada geran tersebut - S$40,000 - untuk menghasilkan karya dalam bahasa Inggeris, memandangkan beliau belum lagi mempunyai mana-mana lagu tersendiri dalam bahasa itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.