Penerima Anugerah Penaung Seni 2025 ini mahu bantu pelajar berkeperluan khas capai potensi menerusi seni
Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Agung, Mohamed Faizal, membiayai biasiswa Anugerah Seni Visual APSN Katong bagi membuka lebih banyak ruang kepada para pelajar APSN Katong. (Gambar: Hidir Ezat)
Dua sekolah itu berjiran di bahagian Timur negara.
Beliau cuba melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas itu dalam acara-acara sekolah dan memperkasa mereka menerusi seni dan bakat yang mereka ada.
"Mereka selalunya ada cabaran yang amat besar tapi apabila diberi peluang, mereka selalunya bekerja keras, mereka berdedikasi dan juga mereka selalunya buat perkara yang luar biasa sekali," kata Encik Faizal.
BIAYA BIASISWA, PROGRAM SENI VISUAL APSN KATONG
Bagi membuka lebih banyak ruang kepada bakat-bakat ini, Encik Faizal kemudiannya membiayai biasiswa Anugerah Seni Visual APSN Katong.
"Pada tahun 2019, saya berbincang dengan ketua Sekolah APSN Katong dan kemudiannya menubuhkan Program Seni Visual APSN Katong yang dibiayai oleh biasiswa yang saya sendiri lindungi," kongsi Encik Faizal kepada wartawan Hidir Ezat.
Program itu menyediakan kelas dan biasiswa dalam seni visual sebagai sebahagian daripada kurikulum Sekolah APSN Katong.
"Saya menubuhkan program Seni Visual APSN Katong yang dibiayai oleh biasiswa yang saya sendiri lindungi. Tujuan saya ialah bukan hanya untuk memastikan bahawa kami menukarkan pandangan kami tentang mereka tetapi juga untuk memberi mereka kepercayaan dan keyakinan di dalam diri mereka sendiri," ujar Encik Faizal.
"Program ini sudah dijalankan selama enam tahun dan dalam masa itu, kami mendapat banyak pengiktirafan serta pencapaian oleh pelajar-pelajar tersebut. Antara pencapaian mereka termasuk mendapat pengiktirafan daripada Presiden Singapura untuk mendapatkan hasil seni mereka untuk dijadikan kad-kad perayaan Istana," tambahnya lagi.
BIDANG KEHAKIMAN & SENI KONGSI NILAI SERUPA
Sumbangan dan dedikasi Encik Faizal turut diiktiraf dengan Anugerah Sahabat Seni dalam majlis penyampaian Anugerah Penaung Seni baru-baru ini.
"Saya amat rendah hati menerima anugerah ini. Walaupun begitu, saya rasa ini bukan tentang saya tapi tentang impian dan aspirasi pelajar-pelajar di APSN Katong. Walaupun kerja saya sebagai seorang Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Agung Singapura dan Program Seni Visual APSN Katong amat berbeza tapi saya berasa bahawa mereka berkongsi nilai-nilai yang sama seperti nilai menghormati individu," kata Encik Faizal.
"Nilai memastikan bahawa individu yang berdepan dengan cabaran mendapat peluang untuk mengatasinya dan juga untuk menghormati individu dan memberi mereka peluang untuk mencapai potensi mereka. Daripada perspektif itu, saya berasa bahawa mereka amat serupa," tambahnya lagi.
Tahun ini, anugerah itu diberikan kepada 515 penerima iaitu jumlah yang tertinggi sejak ia dimulakan pada 1983.
Bilangan penaung individu juga telah meningkat lebih dua kali ganda daripada 196 pada tahun 2021 kepada 412 pada tahun 2025, iaitu 80% daripada jumlah penerima anugerah.
Selain para individu, anugerah itu turut mengiktiraf syarikat-syarikat yang banyak menyumbang kepada sektor seni termasuk Bank DBS, SMRT Corporation Ltd dan Marina Bay Sands.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.