Penerima Anugerah Mengajar MOE mahu sama-sama membimbing, corak generasi akan datang
Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Hafiz Abdul Kader Marican (dua dari kiri) bersama keluarganya. (Gambar: BERITA Mediacorp/Batrisyia Kamal Baharim)
SINGAPURA: Hampir sedekad. Itulah tempoh yang diambil Muhammad Hafiz Abdul Kader Marican, 26 tahun, untuk akhirnya sampai ke menara gading dan mengejar cita-citanya menjadi seorang guru.
Bahkan dalam tempoh itu, beliau menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' sebanyak empat kali - dua kali ketika menuntut di Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC), diikuti dua kali lagi sebagai calon persendirian semasa dan selepas Perkhidmatan Negara (NS).
Dugaan itu menjadi lebih berat apabila neneknya meninggal dunia ketika beliau menduduki peperiksaan itu buat kali pertama.
Namun, keputusan GCE peringkat 'A' masih belum membawanya ke laluan yang diimpikan lantas memilih untuk meneruskan pengajian dalam Diploma Kejurulatihan Sukan di Politeknik Republik (RP).
Kini, berkat usahanya, Hafiz bukan sahaja berjaya melangkah ke Institut Pendidikan Nasional (NIE)-Universiti Teknologi Nanyang (NTU), malah terpilih sebagai antara penerima Anugerah Mengajar MOE.
Ketika ditemui BERITA Mediacorp semasa Majlis Penyampaian Biasiswa Kementerian Pendidikan (MOE) 2026 pada Jumaat (31 Jul), beliau berkata, "Saya berasa sangat gembira dan rendah hati kerana diberikan anugerah ini selepas lebih 10 tahun belajar.
"Ia memberi saya motivasi dan dorongan untuk terus melanjutkan pelajaran serta menjadi guru yang terbaik untuk pelajar pada masa hadapan," kata Hafiz yang bakal mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Sukan dan Pendidikan).
Anugerah itu bukan sahaja membiayai pengajiannya malah membuka peluang untuk mengikuti pelbagai program pembangunan bagi mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik serta mengasah potensi kepimpinannya.
Berkongsi harapannya sebagai seorang pendidik, Hafiz berkata: "Saya mahu menjadi seorang guru yang pelajar boleh datang apabila mereka berdepan masalah. Saya mahu mereka tahu bahawa walau apa pun yang mereka hadapi di luar sekolah, mereka sentiasa ada seorang dewasa yang boleh mereka temui untuk mendapatkan bantuan dan nasihat."
Turut disampaikan ialah Biasiswa Mengajar MOE kepada individu yang berpotensi menjadi pemimpin dalam bidang pendidikan dan Anugerah START yang mengiktiraf mereka yang ingin menceburi kerjaya perguruan sebagai laluan kedua.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.
Diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands, majlis tersebut meraikan seramai 206 penerima biasiswa dan anugerah.
Daripada jumlah itu, 185 merupakan bakal guru manakala 21 lagi ialah bakal ahli akademik dan penyelidik.
BERHASRAT MENJADI PELAPIS GURU DEMI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Antara penerima Anugerah Mengajar MOE lain ialah Aniis Nurinsyirah Mohamad Fazlon, 20 tahun, yang membesar dalam keluarga pendidik dan kini berhasrat meneruskan legasi ibu bapanya sebagai guru bahasa Melayu.
Bapanya, Encik Mohamad Fazlon Abdul Wahab, 50 tahun, merupakan guru bahasa Melayu di sekolah rendah, manakala ibunya, Cik Nooraini Samat, 49 tahun, mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah menengah.
Namun, keputusan Aniis untuk menjadi guru bahasa Melayu lahir daripada pengalaman sendiri ketika menjalani latihan praktikal di sebuah prasekolah.
"Apabila saya menjalani latihan praktikal di prasekolah, saya dapat lihat ramai kanak-kanak tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka," ujarnya.

Menurutnya, keadaan itu lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.
Keadaan itu mendorong beliau untuk beralih daripada bidang pendidikan awal kanak-kanak kepada kerjaya sebagai guru bahasa Melayu.
"Saya rasa saya memainkan peranan yang amat penting untuk menjadi pelapis dalam memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda," katanya.
Menurut Aniis, biasiswa itu akan memberinya peluang menjalani latihan yang lebih mendalam dalam bidang mengajar bahasa Melayu, selain membuka ruang untuk mengkaji cara memperkukuhkan penggunaannya dalam era teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
MEMBENTUK SAHSIAH MELALUI SAINS
Jika Aniis melihat bahasa Melayu sebagai wadah membentuk jati diri generasi muda, Muhammad Danish Siregar Sahat Siregar, 23 tahun, pula percaya pendidikan sains mampu membentuk sahsiah dan nilai yang akan dibawa pelajar sepanjang hayat.
Sebelum memilih bidang perguruan, Danish merupakan seorang atlet dan pemain bola sepak yang cemerlang.
Beliau pernah mewakili Singapura di peringkat serantau selain memimpin pasukan bola sepak Anglo-Chinese School (Independent) sebagai naib kapten.
Namun, minatnya terhadap sains akhirnya mendorong beliau mengubah haluan daripada dunia sukan kepada bidang pendidikan.

"Bagi saya, mengajar sains bukan sekadar menyampaikan ilmu. Saya juga mahu meninggalkan impak yang lebih bermakna dengan membantu membentuk perwatakan dan nilai dalam diri pelajar," katanya.
Danish berkata biasiswa tersebut menjadi titik permulaan yang memberinya dorongan untuk terus menimba ilmu dan memberikan yang terbaik sebagai seorang pendidik.
"Ia bukan sahaja mengiktiraf usaha saya selama ini, malah memberi saya lebih motivasi untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan," tambahnya lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.