Penerima Anugerah Emas NYAA Nur Aisyah Lyana diiktiraf lestarikan bahasa, budaya Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Aisyah Lyana)
SINGAPURA: Hampir sedekad menyumbang bakti kepada masyarakat menerusi pelbagai kegiatan sukarelawan, serta memperjuangkan bahasa dan sastera Melayu.
Komitmen berterusan Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria, 29 tahun, kini mendapat pengiktirafan Anugerah Emas bagi Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) 2026.
Usaha untuk meraih Anugerah Emas NYAA bermula pada 2017, selepas beliau terlebih dahulu memperoleh Anugerah Perak NYAA ketika menuntut di maktab rendah.
Ketika itu, Aisyah berdepan kekecewaan selepas mendapat keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'A' yang kurang memuaskan serta beberapa kali gagal mendapat tempat di universiti.
Namun, pengalaman tersebut mendorongnya untuk mengisi masa dengan kegiatan sukarelawan.
"Saya memilih untuk ke depan dan mengisi masa saya dengan kegiatan sukarela dan khidmat masyarakat untuk mengingatkan diri saya bahawa kehidupan ini bukan sahaja tentang mendapat gred yang tertinggi, tetapi menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat," katanya.

Namun, perjalanan Aisyah untuk meraih anugerah tersebut bukanlah mudah.
Perjalanannya untuk meraih anugerah itu turut berdepan pelbagai cabaran.
Ini termasuk tanggungjawab menjaga ibunya, yang kemudian meninggal dunia pada 2023.
Di sebalik dugaan tersebut, Aisyah terus menyumbang kepada masyarakat, termasuk mendekati golongan kurang bernasib baik.
DEKATI GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK
Antara inisiatif yang dijalankannya ialah kegiatan kemasyarakatan bersama penduduk flat sewa di Yishun.
Aisyah berpeluang mendekati pelbagai golongan, termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, belia dan bekas pesalah.
Pengalaman tersebut membuka matanya terhadap bakat dan aspirasi penduduk, khususnya golongan muda yang sering berdepan stereotaip negatif.

"Saya nampak sendiri bahawa bakat mereka, lagi-lagi belia di situ, mereka sangat luar biasa dan anak-anak di situ juga mempunyai cita-cita mereka tersendiri," kongsi Aisyah.
Justeru, beliau menggunakan kemahiran menulis untuk mengetengahkan kisah-kisah penduduk menerusi sebuah halaman Facebook.
Ruang itu memberi para penduduk peluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan sendiri.
PERKASA PENULIS BAHASA MELAYU
Aisyah turut memanfaatkan minatnya terhadap bahasa dan sastera Melayu untuk memperkasa golongan muda.
Beliau merupakan pengasas bersama Meja Conteng dan Kelana Pantun Temasek, yang menyediakan ruang kepada penulis muda untuk mengasah bakat serta mengetengahkan karya dan pemikiran mereka.
Walaupun Aisyah telah mengundurkan diri daripada Meja Conteng pada Julai lalu, beliau kini terus menyokong perkembangan sastera Melayu sebagai penasihat kepada Rumah Rima.
Langkah itu bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi pelapis untuk meneruskan dan mengembangkan inisiatif berkenaan.
Aisyah sedang melanjutkan pengajian sarjana berganda dalam bidang Teknologi dan Hal Ehwal Global di Sciences Po Paris dan Universiti IE.

PERLUAS PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MENERUSI AI
Beliau juga ingin menyumbang kepada masyarakat menerusi bidang kecerdasan buatan (AI).
Antara hasratnya ialah memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi AI serta menggalakkan lebih ramai wanita Melayu menceburi bidang tersebut.
Menurutnya, penggunaan data berbahasa Inggeris secara meluas dalam pembangunan AI berpotensi menyebabkan teknologi tersebut kurang mencerminkan nilai dan perspektif masyarakat Melayu.
"Banyak teknologi atau banyak aplikasi AI menggunakan data-data dalam bahasa Inggeris dan disebabkan data-data yang berbahasa Inggeris itu, ia mungkin berat sebelah.
"Ini merupakan salah satu pemerhatian saya dan saya rasa sangat penting untuk kita kedepankan inisiatif untuk membentuk AI dalam bahasa Melayu," katanya.
Selain itu, beliau juga berharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita Melayu dan golongan minoriti menceburi bidang AI, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.
Aisyah merupakan antara 293 belia yang menerima Anugerah Emas NYAA tahun ini.
Majlis penyampaian Anugerah Emas NYAA ke-24 diadakan pada Isnin (26 Okt) di ITE College Central, dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam sebagai tetamu terhormat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.