Skip to main content

Singapura

Penerbangan SIA London-Singapura patah balik, 'getaran' pada enjin Boeing 777

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan SIA London-Singapura patah balik, 'getaran' pada enjin Boeing 777

Tangkap Layar: Flightradar24

Diterbitkan : 26 Mar 2022 07:51AM Dikemas Kini : 26 Mar 2022 07:52AM

SINGAPURA: Singapore Airlines mengesahkan penerbangan SQ305 dari London ke Singapura berpatah balik sejurus selepas berlepas pada Jumaat (25 Mac) ekoran "getaran" pada salah satu enjin pesawat jenis Boeing 777-300ERnya.

Penerbangan SQ305 mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari London, menurut SIA dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

"Juruterbang membuat keputusan berjaga-jaga untuk berpatah balik ke London kerana getaran pada salah satu enjin Boeing 777-300ER," kata seorang jurucakap SIA.

Penerbangan yang membawa 225 penumpang dan 18 anak kapal itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London pada kira-kira 2.10 petang waktu tempatan, tambah jurucakap itu.

SIA menyatakan juruteranya sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu.

"Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami adalah keutamaan kami. SIA memohon maaf kepada pelanggan kami atas kesulitan yang berlaku. Pelanggan yang terjejas akan diberikan semua sokongan yang diperlukan, termasuk menempah semula penerbangan alternatif," kata SIA.

Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita