Skip to main content

Singapura

Penerbangan SIA ke Osaka tertangguh hampir 6 jam

Para penumpang Singapore Airlines (SIA) bagi penerbangan dari Singapura ke Osaka terkandas selama hampir enam jam pagi tadi (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan SIA ke Osaka tertangguh hampir 6 jam

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 11 Nov 2018 07:36PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 07:38PM

SINGAPURA: Para penumpang Singapore Airlines (SIA) bagi penerbangan dari Singapura ke Osaka terkandas selama hampir enam jam pagi tadi (11 Nov).

Penerbangan itu tertangguh atas masalah pengisian bahan api. Pesawat Airbus A380 bagi penerbangan SQ618 itu dijadualkan berlepas dari Singapura pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Ia hanya berlepas pada jam 7.13 pagi selepas kapal terbang lain dikerahkan, menurut jurucakap SIA sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Semua penumpang diberi makanan ringan sebelum menaiki pesawat," tambahnya.

Pengguna Twitter, Matthew Moyle-Croft, berkata pada sekitar jam 2.00 pagi bahawa beliau "sangat tidak berpuas hati" dengan sikap seorang pegawai SIA terhadap para penumpang sepanjang penangguhan tersebut.

Menjawab kiriman tweet tersebut, SIA meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana "terus memahami keadaan sepanjang tempoh itu".

"Kami sudah memaklumkan para pegawai di lapangan tentang keprihatinan anda. Mereka akan memberikan butiran lanjut apabila sudah sedia nanti," menurut SIA.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita