Skip to main content

Singapura

Penerbangan SIA antara SG dan Osaka dibatal; Taufan Shanshan hampiri Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan SIA antara SG dan Osaka dibatal; Taufan Shanshan hampiri Jepun

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Sebilangan penerbangan Singapore Airlines (SIA) antara Osaka dan Singapura dibatalkan pada Rabu (28 Ogos) berikutan taufan dahsyat yang sedang bergerak ke arah Jepun.

Dalam satu makluman yang dimuat naik ke lamannya, SIA menyatakan empat penerbangan yang dijadual berangkat ulang-alik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dibatalkan akibat keadaan cuaca yang diramalkan berpunca daripada Taufan Shanshan.

Berikut adalah penerbangan yang terjejas:
 

  • SQ620 dari Singapura ke Osaka pada 8.30 pagi
  • SQ621 dari Osaka ke Singapura pada 5.25 petang
  • SQ622 dari Singapura ke Osaka pada 1.55 petang
  • SQ623 dari Osaka ke Singapura pada 11.25 malam

"SIA akan menghubungi kesemua pelanggan yang terjejas untuk memaklumkan mereka mengenai pembatalan penerbangan tersebut," jelas syarikat penerbangan itu.

"Pelanggan boleh memohon untuk ditempatkan semula dalam penerbangan alternatif, tertakluk kepada kebolehdapatan tempat duduk, atau meminta bayaran balik penuh untuk bahagian tiket mereka yang tidak digunakan."

Taufan Shanshan mencurahkan hujan lebat ke Jepun pada Selasa ketika ia bergerak ke selatan kepulauan Amami.

Para penduduk digesa oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun untuk "berpindah dari tempat berbahaya" sedang ia memberi amaran tentang hujan lebat dan kemungkinan tanah runtuh di kawasan tengah Shizuoka dan ombak tinggi di wilayah Amami.


Awal bulan ini, penerbangan SIA ke Tokyo terganggu dek Taufan Ampil.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita