Penerbangan SG-Taiwan terjejas dek Taufan Kong-rey
Beberapa penerbangan antara Singapura dengan Taipei terjejas pada Khamis (31 Okt) selepas Taufan Kong-rey mendarat di pantai timur Taiwan, membawa bersamanya hujan lebat dan angin kencang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa penerbangan antara Singapura dengan Taipei terjejas pada Khamis (31 Okt) selepas Taufan Kong-rey mendarat di pantai timur Taiwan, membawa bersamanya hujan lebat dan angin kencang.
Menurut syarikat penerbangan Singapore Airlines, dua penerbangan - SQ878 dan SQ879 - ditangguhkan siang tadi.
SIA turut memberi amaran, penerbangan lain juga mungkin terjejas ekoran taufan tersebut.
Syarikat penerbangan tambang jimat Scoot pula menyatakan, tiga penerbangan antara Singapura dengan Jepun yang membuat persinggahan di Taipei terpaksa dibatalkan.
Dua daripadanya berangkat dari Chitose, Hokkaido ke Singapura, manakala satu lagi sepatutnya berangkat dari Tokyo, Jepun ke Singapura.
Para penumpang yang terjejas sudah pun dihubungi.
Scoot menjelaskan, ia akan terus memantau situasi dan menyesuaikan jadual penerbangan dengan sewajarnya.
Taufan Kong-rey, iaitu taufan Kategori 4 dengan tiupan angin sekencang 250 kilometer sejam, merupakan ribut terbesar membadai pulau itu dalam tempoh 30 tahun.

Seramai 10,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kawasan-kawasan berisiko tinggi sebelum ribut itu mendarat siang tadi.
Selain itu, lebih 400 penerbangan dalam dan luar negara dibatalkan manakala semua khidmat feri digantung.
Kong-rey dijangka melemah secara beransur-ansur sebelum beredar dari pulau itu pada Jumaat (1 Nov).

Sumber : CNA/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.