Penerbangan Scoot tergendala selepas mesin X-ray terbakar di Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: montanaandchris/TikTok
SINGAPURA: Satu penerbangan Scoot ke Bali tergendala pada Selasa pagi (6 Ogos) setelah sebuah mesin X-ray terbakar dalam bilik menunggu pelepasan di Lapangan Terbang Changi.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Scoot menyatakan pada tengah hari Selasa bahawa sebuah mesin X-ray dalam bilik menunggu pelepasan bagi Pintu D46 di Terminal 1 mula mengeluarkan asap kira-kira pukul 6.40 pagi.
Para penumpang penerbangan Scoot TR280 "segera dipindahkan" ke bilik menunggu pelepasan lain, iaitu Pintu D49, jelas syarikat penerbangan.
"Penumpang yang terjejas disediakan makanan ringan," tambah syarikat penerbangan itu.
Penerbangan berkenaan dijadual berlepas pada pukul 7.10 pagi. Ia bagaimanapun berlepas sejurus selepas pukul 9.00 pagi dan tiba di Bali pada pukul 11.30 pagi, menurut Scoot.
Tiada perbezaan waktu antara Singapura dengan Bali.

Satu video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna montanaandchris menunjukkan asap tebal dari mesin X-ray berkenaan sedang ia dijilat api. Pemadam api kemudian dilihat digunakan untuk memadamkan kebakaran itu.
Video tersebut juga menunjukkan para penumpang yang menutup muka masing-masing sedang mereka berjalan keluar dari pintu berkenaan, dengan asap tebal menyelubungi ruang di belakang mereka.
Seorang jurucakap Changi Airport Group memberitahu Mediacorp bahawa kebakaran itu tercetus akibat gangguan elektrik.
"Kebakaran itu segera dipadamkan oleh dua kakitangan lapangan terbang," jelas jurucakap tersebut, sambil menambah bahawa tiada penumpang dilaporkan cedera berikutan kejadian kebakaran itu.
Scoot memohon maaf atas kesulitan daripada insiden berkenaan.
"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami merupakan keutamaan kami dan kami akan terus menyediakan bantuan kepada para penumpang yang terjejas, apabila diperlukan," tambahnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.