Skip to main content

Singapura

Penerbangan Scoot ke S'pura dilencongkan, amaran asap dihidupkan

Sebuah pesawat Scoot yang dijadual tiba di Singapura dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada Isnin (20 Mei) setelah amaran asap dihidupkan di bahagian kargo.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Scoot ke S'pura dilencongkan, amaran asap dihidupkan

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 May 2019 06:50PM Dikemas Kini : 20 May 2019 06:53PM

SINGAPURA: Sebuah pesawat Scoot yang dijadual tiba di Singapura dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada Isnin (20 Mei) setelah amaran asap dihidupkan di bahagian kargo.

Penerbangan TR567, yang berlepas dari Tiruchirappalli di India, dilencongkan sebagai satu langkah berjaga-jaga, menurut Scoot dalam satu kenyataan.

Pesawat Airbus A320, yang membawa seramai 165 penumpang, selamat mendarat di Chennai sekitar jam 3.40 pagi waktu tempatan.

"Khidmat pesawat itu digantung bagi siasatan lanjut dan penilaian awal menunjukkan bahawa ia adalah amaran palsu," tambah Scoot.

Sebuah pesawat gantian sudah diaturkan untuk membawa penumpang dari Chennai ke Singapura. Ia berlepas pada jam 3.30 petang Isnin waktu tempatan, menurut Scoot.

"Keselamatan para penumpang kami adalah yang paling utama," menurut syarikat penerbangan itu. "Kami meminta maaf atas sebarang kesulitan yang timbul."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita