Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan pesawat SIA ke S'pura dibatalkan selepas tergesel jambatan udara di Newark

Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dijadual melakukan penerbangan ke Singapura dari Newark pada Sabtu (23 Mac) dibatalkan setelah sebuah jambatan udara merempuh pesawat yang tidak bergerak ketika itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan pesawat SIA ke S'pura dibatalkan selepas tergesel jambatan udara di Newark

Pesawat A350-900ULR. (Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 04:54PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 07:02PM

SINGAPURA: Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dijadual melakukan penerbangan ke Singapura dari Newark pada Sabtu (23 Mac) dibatalkan setelah sebuah jambatan udara merempuh pesawat yang tidak bergerak ketika itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat SQ22 diletakkan di sebuah kawasan letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty setelah tiba dari Singapura apabila jambatan udara itu "tergesel" enjin kiri pesawat berkenaan.

"Insiden itu berlaku semasa jambatan udara itu sedang dihubungkan dengan pintu pesawat untuk membolehkan para penumpang turun pesawat," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya.

Seramai 150 penumpang dan 17 anak kapal keluar dari pesawat itu tanpa sebarang masalah, menurut SIA, sambil menambah bahawa pesawat itu sedang menjalani kerja-kerja pembaikan.

Penerbangan pulang bagi pesawat SQ21 sudah dibatalkan, dengan pesawat alternatif diuruskan bagi 141 penumpang yang terjejas.

Dalam notisnya kepada para penumpang yang terjejas, SIA turut mendedahkan bahawa para penumpang akan ditempatkan di Hotel Marriott Newark dan akan disajikan dengan sarapan, sementara menunggu maklumat lanjut mengenai penerbangan selanjutnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan