Penerbangan jemaah umrah SG tidak terjejas setakat ini di tengah konflik Iran-Israel

Suasana di Masjidil Haram pada 7 Jun 2024. (Gambar: @HaramainInfo/X)
SINGAPURA: Penerbangan bagi jemaah umrah Singapura yang diuruskan sembilan GSA, belum ada yang dilaporkan terjejas setakat 4 Oktober di tengah-tengah konflik Iran-Israel.
BERITA Mediacorp mendapatkan pengesahan daripada sembilan GSA itu termasuk Hagel Travel & Tours, Hamidah Travel & Travel & Tours dan Noah Travel & Tours yang mempunyai pakej Umrah pada Rabu (2 Okt) dan Khamis (3 Okt).
Pada Selasa (1 Okt), Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ke Israel.
Ini menjejas ruang udara termasuk di Lubnan yang sudah membuka semula ruang udaranya pada 2 Oktober.
Pengarah Urusan Shahidah Travel and Tours Ayoob Angullia berkongsi kepada wartawan Nurhelmy Hakim bahawa pihak GSA sedang memantau situasi dan dalam keadaan berjaga-jaga.
Setakat Khamis (3 Okt) pihak GSA Shahidah Travel and Tours belum menerima sebarang arahan daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Dalam pada itu, Pengarah TM Fouzy Travel, Tengku Madihah turut berkongsi bahawa penerbangan bagi GSA TM Fouzy Travel adalah menerusi Saudia Airlines.
Beliau mengatakan bahawa belum menerima sebarang notis setakat ini.
Secara amnya, penerbangan umrah pihak GSA yang dihubungi, langsung ke Jeddah.
Ada juga yang mengambil penerbangan yang ada perhentian sama ada di Doha, Dubai atau Istanbul, bergantung kepada syarikat penerbangan.
Beberapa agensi pelancongan lain juga sedang menantikan kemas kini daripada syarikat-syarikat penerbangan dan akan mengambil langkah sewajarnya.
Di antara sembilan GSA yang dihubungi Berita Mediacorp, syarikat Hahnemann Travel & Tours akan membawa saiz kumpulan jemaah terbesar dengan sekitar 120 jemaah pada bulan ini.
Secara keseluruhannya, sembilan GSA akan menguruskan pakej umrah bagi lebih 350 jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci bulan ini.
Untuk bulan Oktober:
Hamidah Travel & Tours
1) Jumlah jemaah - 65
2) Jumlah penerbangan - 3
Hagel Travel & Tours
1) Jumlah jemaah - 20
2) Jumlah penerbangan - 1
Jalaluddin Travel & Services
1) Jumlah jemaah - 300 (untuk bulan Oktober dan November)
2) Jumlah penerbangan - 3
Shahidah Travel & Tours Pte Ltd
1) Jumlah jemaah - 21
2) Jumlah penerbangan - 1
Noah Travel & Tours
1) Jumlah jemaah - 68
2) Jumlah penerbangan - 2
Hahnemann Travel & Tours Pte Ltd
1) Jumlah jemaah - 120
2) Jumlah penerbangan - 3
KembaraUstaz.Sg
1) Jumlah jemaah - 56
2) Jumlah penerbangan - 2
Noor Mohamad Services & Travel
- tiada penerbangan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.