Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan jemaah umrah SG terpaksa patah balik ke Changi selepas ruang udara India ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan jemaah umrah SG terpaksa patah balik ke Changi selepas ruang udara India ditutup

Antara jemaah Shahidah Travel & Tours Ptd Ltd yang terjejas oleh penerbangan TR596. (Gambar: Nur Ashiqin Salleh)

BERITAmediacorp: Penerbangan Scoot TR596 ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi pada Khamis (15 Dis).

Pesawat itu sudah berlepas seperti dijadualkan pada jam 4.00 petang Khamis (15 Dis).

Namun menurut pegawai dari Shahidah Travel & Tours Pte Ltd, Nur Ashiqin Salleh, dalam sekitar satu setengah jam hingga dua jam kemudian setelah berlepas, juruterbang memaklumkan kepada para penumpang bahawa pesawat itu perlu berpatah balik ke Singapura.

"Kapten beritahu bahawa ada ruang udara di India ditutup, jadi pesawat perlu patah balik ke Lapangan Terbang Changi," kata Cik Ashiqin.
 
Kumpulan jemaah Shahidah Travel & Tours ini dijadual menunaikan umrah 11 hari hingga 25 Disember. (Gambar: Nur Ashiqin Salleh)
Pesawat TR596 itu kembali mendarat di Lapangan Terbang Changi pada jam 9.19 malam.

Para jemaah diminta menunggu dalam pesawat sedang Scoot menukar kumpulan anak kapal yang bertugas.

Seramai 45 jemaah Shahidah Travel & Tours Ptd Ltd terjejas dan sehingga jam 9.45 malam ketika dihubungi BERITAmediacorp, para jemaah masih lagi berada dalam pesawat dan dijangka akan berlepas pada jam 10.30 malam.
Para pegawai termasuk Cik Ashiqin Salleh (dua dari kiri) memastikan jemaah dalam keadaan baik dan selalu berkongsi perkembangan dengan pihak pejabat Shahidah Travel & Tours di sini. (Gambar: Nur Ashiqin Salleh)
Mereka sebenarnya dijadualkan tiba di Jeddah pada jam 9.00 malam waktu tempatan (2.00 pagi waktu Singapura). Disebabkan oleh kejadian itu, mereka hanya akan tiba di Jeddah sekitar enam jam daripada waktu asal.

Ini menjejas beberapa aspek perjalanan mereka.

"Permit umrah sedia ada perlu dibatalkan dan kita perlu tempah slot yang baru," kata Cik Ashiqin.
Jemaah umrah yang mendapatkan perlindungan insurans boleh mendapatkan ganti rugi di bawah terma kesulitan perjalanan. (Gambar: Nur Ashiqin Salleh)
Kumpulan jemaah itu dijadual melaksanakan umrah selama 11 hari sehingga 25 Disember.

Ketika dihubungi BERITAmediacorp, Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Ayoob Angullia memberitahu bahawa para jemaah berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Tiada perubahan pada jadual Umrah mereka, mereka akan tetap pulang ke tanah air pada 25 Disember. Mereka semua ada perlindungan insurans, akan dibayar mengikut terma kesulitan perjalanan (Travel Inconveniences) di bawah ST&T. Pihak Shahidah juga akan berbincang dengan pihak Scoot tentang ganti rugi yang boleh diberi kepada jemaah yang terjejas," kata Haji Ayoob.

Selain jemaah Shahidah Travel & Tours Ptd Ltd, BERITAmediacorp juga difahamkan terdapat jemaah lain dari TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd, Syukran Travel Pte Ltd dan Emerald Tours and Travels dalam pesawat terbabit.



 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan