Penerbangan dron, layang-layang dilarang di beberapa kawasan S'pura pada raptai, NDP
Kegiatan udara seperti bermain layang-layang dan mengendali dron dilarang sama sekali di beberapa kawasan Singapura pada beberapa hari tertentu menjelang Hari Kebangsaan.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kegiatan udara seperti bermain layang-layang dan mengendali dron dilarang sama sekali di beberapa kawasan Singapura pada beberapa hari tertentu menjelang Hari Kebangsaan.
Ini bagi memastikan keselamatan awam dan pesawat yang akan membuat penerbangan pada ketinggian rendah sebagai sebahagian daripada aktiviti Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Rabu (30 Jun).
Pada hari-hari tertentu dalam Julai dan Ogos, kawasan larangan sementara akan ditubuhkan di sekitar Pentas Terapung Marina Bay dan di beberapa kawasan lain Singapura, termasuk kawasan kejiranan.

Gambar: CAAS
Bermain layang-layang, melepaskan belon dan mengendalikan dron tidak dibenarkan di kawasan itu.
Larangan terhadap kegiatan udara meliputi ruang sehingga 2,500 kaki atas permukaan laut, menurut CAAS.


Mereka yang melanggar undang-undang Perintah Navigasi Udara boleh didenda sehingga S$20,000 bagi kesalahan pertama.
Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$40,000 dan dipenjara sehingga 15 bulan.
Jika sabit kesalahan menerbangkan pesawat tanpa pemandu tanpa kelulusan, pesalah boleh didenda sehingga S$50,000, dihukum penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
CAAS menyatakan orang awam boleh memeriksa laman OneMap.sg atau aplikasi OneMap bagi maklumat mengenai kawasan di mana kegiatan udara dilarang dan di kawasan yang memerlukan permit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.