Skip to main content

Singapura

Penerbangan Cebu Pacific ke S'pura dilencongkan ke Brunei sebab 'masalah teknikal'

Penerbangan Cebu Pacific 5J803 dari Manila menuju ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Brunei pada pagi Jumaat (8 Mac) akibat satu masalah teknikal, menurut syarikat penerbangan itu di laman Twitternya.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Cebu Pacific ke S'pura dilencongkan ke Brunei sebab 'masalah teknikal'

Pesawat Airbus A330-300. (Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 01:51PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 01:55PM

SINGAPURA: Penerbangan Cebu Pacific 5J803 dari Manila menuju ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Brunei pada pagi Jumaat (8 Mac) akibat satu masalah teknikal, menurut syarikat penerbangan itu di laman Twitternya.

Menurut satu kenyataan media, penerbangan itu dilencongkan ke Bandar Seri Begawan pada jam 1.45 pagi setelah satu kerosakan teknikal dikesan dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan ke Singapura.

Pesawat Airbus A330-343 sebelumnya dijadual tiba di Singapura pada jam 2.05 pagi, menurut flightradar24.

"Sebuah lagi pesawat sudah dihantar dari Manila untuk membawa para penumpang yang terjejas ke Singapura," menurut Cebu Pacific.

"Sementara itu, penerbangan pulang 5J804 (Singapura ke Manila), akan ditangguhkan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan kerana keselamatan para penumpang adalah keutamaan kami."

Para penumpang yang terjejas diberikan makanan ringan, menurut syarikat penerbangan itu.

Encik Saul de Jesus, 33 tahun, adalah antara para penumpang yang menaiki penerbangan 5J803.

Menurutnya, para penumpang dimaklumkan mengenai pendaratan kecemasan sebelum pesawat itu mendarat di Brunei.

Beliau menambah bahawa kesemua penumpang selamat dan sedang menunggu penerbangan dari Manila ke Singapura. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita