Skip to main content

Singapura

Penerbangan akan disediakan pada 7 Mac untuk bawa pulang rakyat SG dari Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Mar 2026 02:46PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 06:34PM
SINGAPURA: Singapura akan menyediakan penerbangan pulang dari Muscat, Oman pada hSabtu (7 Mac) sedang pemerintah meningkatkan usaha untuk memindahkan rakyat Singapura yang terperangkap dalam konflik Timur Tengah yang semakin meningkat.

Menteri Negara Ehwal Luar Gan Siow Huang berkata pada Khamis (5 Mac) bahawa sekitar satu perempat daripada rakyat Singapura yang telah mendaftar secara elektronik dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah meminta bantuan untuk pulang ke tanah air sejak konflik meletus.

Penerbangan dari Muscat akan disediakan untuk rakyat Singapura yang kini berada di Oman dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) – negara-negara di mana kira-kira 60 peratus rakyat Singapura berada dan sudah mendaftar secara elektronik.

"Pasukan konsular dan kedutaan kami telah bekerja keras di lapangan untuk menimbangkan aturan tersebut," kata Cik Gan. Beliau menambah bahawa ini melibatkan "situasi keselamatan yang mencabar dan sukar" sambil bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat penerbangan untuk mendapatkan pilihan meninggalkan Timur Tengah.

MFA telah mengerahkan pasukan respons krisis ke rantau itu, termasuk tiga pegawai di Muscat. Dua lagi pegawai akan dikerahkan ke Riyadh dalam masa beberapa hari akan datang.

Bagi rakyat Singapura yang terkandas di Bahrain dan Qatar, MFA akan menawarkan perjalanan darat melalui bas ke Riyadh dalam masa beberapa hari akan datang, di mana lapangan terbang masih dibuka dan penerbangan komersial disediakan.

"Kami akan menghubungi rakyat Singapura yang baru-baru ini menyatakan kepada kami bahawa mereka ingin mendapatkan bantuan untuk pulang ke Singapura," kata Cik Gan.

Beliau menambah bahawa MFA juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pihak berkuasa tempatan untuk meneroka kemungkinan penerbangan pulang selanjutnya, dengan mengambil kira laluan penerbangan dan jadual pembukaan semula lapangan terbang.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita