Penduduk Yuhua hulur sumbangan kepada TAA, galak perpaduan dalam membantu golongan memerlukan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 50 pemimpin akar umbi dan penduduk berbilang kaum dan agama dari daerah Yuhua beramai-ramai pergi ke Wisma Geylang Serai (WGS) pada Sabtu (23 Mac) untuk menyalurkan sumbangan kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA).
Ia melambangkan usaha kolektif masyarakat Singapura tidak kira latar belakang mereka dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Rombongan tersebut dipimpin Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu yang juga merupakan Anggota Parlimen bagi SMC Yuhua.
Ketibaan mereka disambut meriah dengan paluan kompang yang mengiringi mereka ke kotak derma TAA.
Cik Fu dan para pemimpin akar umbi dan penduduk bergilir-gilir memasukkan sumbangan mereka ke dalam kotak TAA.
Menurut beliau, acara itu penuh bermakna bagi masyarakat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
"Di tengah-tengah bulan Ramadan ini, bulan yang penting bagi rakan-rakan Muslim kami, ia penting bagi kita memperingati mereka yang kurang bernasib baik. Ini amat penting sedang Singapura maju kerana kami mesti sentiasa maju dengan cara inklusif - semua segmen masyarakat boleh menikmati kemajuan.
"Lantaran itu, pada hari sebegini kami ingin menggalak orang ramai untuk memperingati mereka yang kurang bernasib baik, supaya kami dapat berkongsi kejayaan kami bersama mereka. Dengan itu, kami dapat maju bersama," ujar Cik Fu.
Setelah itu, Cik Fu dan rombongan dari Yuhua itu turut sempat mengunjungi beberapa gerai di Bazar Ramadan Geylang Serai.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.