Skip to main content

Singapura

Penduduk utara negara terima sokongan tambahan untuk tangani penyakit kronik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Oct 2025 08:10PM Dikemas Kini : 24 Oct 2025 02:35PM
SINGAPURA: Para penduduk di bahagian utara Singapura tidak lama lagi boleh meraih manfaat daripada lebih banyak sokongan kesihatan masyarakat yang bakal disediakan mulai awal tahun hadapan.

Ini setelah kajian menunjukkan penyakit kronik lebih meluas di bahagian utara negara berbanding kawasan-kawasan lain.

Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti puncanya.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata: "Kadar kencing manis adalah yang tertinggi di bahagian utara Singapura. Dari segi paras lemak yang tinggi dalam darah (hiperlipidemia) dan tekanan darah tinggi, ia juga adalah yang tertinggi berbanding purata negara.

"Kami tidak tahu apa punca sebenarnya. Ia memerlukan kajian yang mendalam, tetapi saya fikir apa yang kita boleh segera lakukan adalah meningkatkan usaha berkaitan kesihatan penduduk dan pencegahan penyakit di bahagian utara, memandangkan keadaan di sini agak lebih buruk berbanding kawasan-kawasan lain di Singapura."

Semasa mengumumkan rancangan tersebut di luar satu acara di Sembawang, Encik Ong menambah bahawa sokongan kesihatan tambahan itu sudah dirancang agak lama.

Namun, keadaannya kini memerlukan tindakan segera dan pencegahan dalam penjagaan kesihatan.

Lima lagi Pos Kesihatan Masyarakat atau CHP akan ditambah di Woodlands, Yishun dan Sembawang.

Buat masa ini, terdapat 34 CHP di utara Singapura.

Para penduduk boleh mengunjungi CHP untuk mendapatkan ubat, membincangkan pelan jagaan kesihatan atau berunding menerusi telefon
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita