Penduduk timur SG diingatkan tentang sekatan terbang dron 5km dari Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:
Papan tanda yang memberi amaran bahawa dron tidak boleh diterbangkan di sesebuah kawasan. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan mempergiatkan lagi usaha untuk meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai tentang risiko operasi menggunakan dron yang menyalahi undang-undang kerana menimbulkan risiko terhadap keselamatan awam mahupun sektor penerbangan.
Agensi penerbangan itu, bersama dengan Persatuan Rakyat, akan menyasarkan para penduduk HDB di Pasir Ris-Punggol, Tampines dan East Coast - kawasan kejiranan yang terletak 5 kilometer dari Lapangan Terbang Changi.
Inilah sebabnya juga operasi dron yang tidak diluluskan boleh menjadi risiko sangat tinggi terhadap operasi lapangan terbang, menurut CAAS menerusi kenyataan medianya pada Selasa (23 Apr).
Dengan menggunakan sepanduk, poster dan panel paparan digital di lobi lif, kempen berkenaan akan mengingatkan para penduduk bahawa perbuatan menerbangkan dron di kawasan kejiranan tanpa terdahulu mendapatkan permit, tidak dibenarkan.
CAAS akan juga bekerjasama dengan pihak pengurusan majlis perbandaran (MCST) kondominium-kondominium yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Lapangan Terbang Changi. Contoh kondo yang terletak dalam batas itu termasuk Eastpoint Green di Simei dan Pasir Ris 8.
"CAAS akan memberikan surat makluman tambahan kepada kondominium apabila seorang pesalah ditangkap dalam premis sebuah estet," menurutnya.
"Orang ramai diingatkan untuk memeriksa laman OneMap.sg atau aplikasi OneMap untuk maklumat tentang kawasan-kawasan di mana pelaksanaan kegiatan menggunakan dron dilarang atau memerlukan permit," menurut CAAS.
Pada 2023, CAAS mengambil tindakan terhadap 309 kes di mana operasi dron yang menyalahi undang-undang dijalankan. Lapan individu dan tujuh syarikat didakwa di mahkamah, dan didenda antara S$4,000 dengan S$45,000.
CAAS sudah memasang papan tanda tambahan yang tertulis "No UA flying" (menerbangkan dron tidak dibenarkan) di padang dan taman-taman terbuka, yang sudah dikenal pasti sebagai kawasan di mana dron sering diterbangkan sedangkan ia terletak kira-kira 5 kilometer dari Lapangan Terbang Changi, tambah CAAS.
Sebagai sebahagian daripada usaha penguatkuasaan juga, lebih banyak pegawai polis tambahan akan dikerahkan ke tempat-tempat tumpuan ini.
Para pegawai juga akan dilatih untuk menjelaskan dan mendidik orang awam tentang bahaya menerbangkan dron berdekatan Lapangan Terbang Changi, tambah CAAS.
"Kegaiatan UA kian mendapat sambutan sepanjang tahun ini. Penting untuk kita bekerjasama dan memastikan keselamatan penerbangan dan awam tidak dikompromi," kata Encik Maran Paramanathan, pengarah CAAS bagi dasar, peraturan dan operasi dron di CAAS.
Di bawah Akta Navigasi Udara 1996, sesiapa yang didapati bersalah mengendalikan operasi dron di kawasan yang terletak kurang 5 kilometer dari lapangan terbang kecil, kawasan berbahaya dan kawasan larangan boleh didenda sehingga S$50,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.