Skip to main content

Singapura

Penduduk tetap didakwa langgar kuarantin selepas keluar hotel untuk jumpa isteri

Seorang penduduk tetap Singapura didakwa pada Jumaat (5 Mac) kerana dua kali keluar hotel iaitu tempat dia menjalani notis jangan keluar rumah untuk berjumpa dengan isterinya dalam sebuah kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk tetap didakwa langgar kuarantin selepas keluar hotel untuk jumpa isteri

(Gambar: Facebook/Fairmont Singapore)

Diterbitkan : 05 Mar 2021 02:49PM Dikemas Kini : 05 Mar 2021 02:50PM

SINGAPURA: Seorang penduduk tetap Singapura didakwa pada Jumaat (5 Mac) kerana dua kali keluar hotel iaitu tempat dia menjalani notis jangan keluar rumah untuk berjumpa dengan isterinya dalam sebuah kereta.

Bai Fan, 38 tahun, tiba di Singapura dari China pada 19 Sep tahun lalu setelah melakukan transit di Hong Kong, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media.

Warga Amerika Syarikat itu diberikan notis jangan keluar rumah dari 19 Sep 2020 hingga 3 Okt 2020, yang dijalaninya di hotel Fairmont Singapore, menurut kertas tuduhan.

"Pada 19 Sep, isterinya mengambilnya dari hotel itu dan pasangan itu meluangkan masa selama sejam dan 40 minit bersama dalam kereta di kawasan itu," menurut ICA.

"Pada 29 Sep, isterinya sekali lagi mengambilnya lalu mereka meluangkan masa selama lima jam dalam kereta, pertama di kawasan yang sama dan kemudian di sebuah tempat letak kereta berhampiran."

Isterinya juga merupakan seorang penduduk tetap Singapura namun tidak menjalani notis jangan keluar rumah, menurut ICA.

Bai pulang ke hotel selepas waktu tengah malam pada kali yang kedua, menurut kertas tuduhan.

Bai dikenakan dua tuduhan bagi kesalahan di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (COVID-19 - Perintah Jangan Keluar) 2020.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Warga asing mungkin berdepan hukuman lanjut termasuk tempoh permit dan pas untuk kekal atau bekerja di Singapura ditarik balik atau disingkatkan, menurut ICA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita