Skip to main content

Singapura

Penduduk Tampines North sambut baik pembinaan masjid baharu

Pembinaan masjid baharu di Tampines North yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong semalam disambut cukup baik oleh para penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 05 Mar 2025 09:54PM Dikemas Kini : 05 Mar 2025 09:55PM
SINGAPURA: Pembinaan masjid baharu di Tampines North yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong semalam disambut cukup baik oleh para penduduk.

Selain memudahkan urusan ibadah, mereka berharap masjid itu dapat menyediakan program-program yang memenuhi keperluan sosio-agama masyarakat Islam di kawasan tersebut.

Pembinaan masjid baharu di Tampines North dijadualkan bermula pada 2027 di sebuah tapak di Tampines North Drive 5.

Ketika ini, penduduk Islam di kawasan itu bergantung pada Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris dan Masjid Darul Ghufran di Tampines untuk melaksanakan ibadah mereka.

"Saya selalu pergi ke Masjid Ghufran. Kadang saya harus tempah slot kedua untuk pergi solat Jumaat. Tapi dengan masjid ini, saya berharap saya boleh pergi solat Jumaat dengan tenang," kata seorang penduduk Tampines North, Encik Mohammad Nasir Nasrin.

"Harapan saya mungkin banyak program akan di dibuat oleh pengurusan di sana dan ramai penduduk di Tampines boleh ke masjid dan melakukan ibadah di sana," kata beliau.

Pembinaan masjid tersebut turut dijangka dapat mengurangkan tekanan ke atas Masjid Al-Istighfar dan Masjid Darul Ghufran serta mempermudahkan lagi urusan keagamaan penduduk Islam di kawasan itu.

Cik Raihana Razali, juga seorang penduduk Tampines North, berkata, "Saya gembira dan memang menantikan masjid baru ini sebab kalau yang kita lihat Masjid Al-Istighfar dan Masjid Darul Ghufran memang sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai sebab jemaah makin banyak dan ruang yang ada di Masjid Al-Istighfar dan Masjid Darul Ghufran tidak mampu tampung jemaah yang banyak itu."
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita