Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Tampines belajar buat pilihan makanan alternatif

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2022 10:26PM Dikemas Kini : 20 Feb 2022 10:30PM

SINGAPURA:Pandemik COVID-19 menjejas pelan Singapura untuk memenuhi keperluan makanan negara, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Ahad (20 Feb).

Berucap di luar majlis Pelan Hijau CNA siang tadi, Cik Fu berkata kelengahan itu akan menyebabkan kerja-kerja membina ladang tempatan tertangguh selama satu hingga dua tahun. 

Namun Cik Fu gembira terdapat banyak syarikat yang berminat. 

Meskipun terdapat kelengahan, syarikat-syarikat tambah Cik Fu sedang cuba mengejar dengan masa secepat yang mampu.

Cik Fu pasti dalam tempoh satu dua tahun mendatang, kebanyakan projek itu akan siap untuk menghasilkan tanaman. Bahkan beliau berharap tahap penghasilan akan bertambah dengan banyaknya berbanding sekarang.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk mencapai matlamat 30 menjelang 30 untuk menghasilkan 30 peratus makanan tempatan menjelang 2030.

Cik Fu memberi amaran, krisis iklim semakin nyata dengan kesan pemanasan suhu bumi dan menegaskan peri pentingnya mempelbagaikan sumber makanan negara.

Cik Fu menambah, sokongan dan penyertaan warga Singapura adalah paling penting.

Pemerintah kata beliau memperkenalkan dasar-dasar tetapi pelan hijau harus dilaksanakan menerusi tindakan dan tingkah laku individu.

Dalam acara Pelan Hijau CNA tersebut, pelbagai usaha Singapura ke arah kemampanan diketengahkan. 

Sekitar 60 penduduk Tampines belajar bagaimana mereka membuat pilihan makanan alternatif jika terdapat gangguan terhadap rantaian bekalan makanan Singapura. 

Ia merupakan antara salah satu cabaran untuk menanam sifat daya bingkas dalam kalangan pengguna.

Sumber : CNA/NF/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa