Penduduk Siglap bantu warga emas yang tinggal sebatang kara beli makanan, inisiatif sempena SG60
Lebih 100 warga emas berpendapatan rendah yang tinggal bersendirian di kawasan Siglap diberi bantuan makanan menerusi satu inisiatif oleh para penduduk dan peniaga F&B di kawasan itu sendiri.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 100 warga emas berpendapatan rendah yang tinggal bersendirian di kawasan Siglap diberi bantuan makanan menerusi satu inisiatif oleh para penduduk dan peniaga F&B di kawasan itu sendiri.
Inisiatif 'Siglap Plate It Forward' itu membolehkan golongan tersebut menebus baucar makanan di kedai makan Tuck In dan Mohamed Waseef yang terletak di kawasan Bedok South.
Bagi setiap baucar makanan bernilai S$10 yang digunakan, dua peniaga F&B itu juga akan menokok nilai tambahan S$2.
Ini bermakna warga emas yang dibantu dapat berbelanja sehingga S$12 sebulan.
Orang ramai juga digalak menyokong kepada usaha tersebut dengan sumbangan melalui QR semasa berkunjung ke dua kedai makan itu.
Setakat ini, hampir S$5,000 sudah dikumpulkan bagi projek ini.

DIANJURKAN BERSEMPENA SG60
Pelancaran inisiatif tersebut diadakan pada Ahad (5 Jan) oleh Anggota Parlimen GRC East Coast, Dr Mohamad Maliki Osman.
Inisiatif Kelab Masyarakat Siglap itu juga dianjurkan bersempena sambutan SG60 tahun ini.
Menurut Dr Maliki, usaha tersebut yang melibatkan sokongan masyarakat sejajar dengan tema SG60 - Membina Singapura Kita Bersama dan juga memperkukuhkan komitmen rancangan East Coast.
"Kami ingin membina satu kompak sosial yang baharu di mana setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting untuk membantu satu sama lain. Di sinilah kita ingin mengadakan inisiatif di mana kita menunjukkan bahawa mereka yang berupaya boleh membantu mereka yang kurang berupaya. Dalam masa jangka masa yang sama juga kita membantu para peniaga kita," kata Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan.
Usaha tersebut katanya juga adalah sebagai cara untuk menghargai sumbangan warga emas dalam pembangunan negara.
"Kita mengingatkan kembali sumbangan mereka kepada masyarakat dan memberi kepastian bahawa dalam jangka masa 60 tahun yang akan datang, kita akan membina satu negara yang lebih mempunyai kompak yang lebih baik di mana setiap lapisan masyarakat saling bantu membantu dan kita tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Ini yang kita inginkan dan saya harap inisiatif sedemikian akan memberi satu wadah baru kepada masyarakat tempatan untuk melihat bahawa mereka juga boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pembangunan negara," ujarnya.

PUPUK MASYARAKAT PENYAYANG
Dr Maliki yang juga sempat beramah mesra dengan lebih 40 penerima bantuan dan 20 penderma siang tadi berharap inisiatif itu dapat memupuk masyarakat yang lebih penyayang.
"Di sinilah projek sedemikian bertujuan untuk memastikan mereka tidak terus bersendirian di rumah. Apabila mereka keluar dari rumah untuk makan bersama dengan rakan rakan, kita akan dapat memastikan bahawa kebajikan mereka terkawal sebab jika mereka terjaga mereka sihat, mereka dapat bergaul dengan kawan kawan dan jika mereka tidak datang satu hari nanti, para peniaga kita boleh memberitahu kami, rakan rakan mereka boleh beritahu kami, dan kami boleh mengunjung ke rumah mereka dan melihat apakah keadaan mereka. Bagaimana kalau mereka tak datang? Ini adalah suasana yang kita ingin jadikan, yang ini kita kembangkan. Masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain. Masyarakat prihatin tentang anggota masyarakat yang memerlukan," tambah Dr Maliki.
BANTUAN RINGANKAN BEBAN PERBELANJAAN
Antara penduduk yang teruja dengan inisiatif sebegitu ialah Cik Faridah Salamat, 65 tahun.
Beliau yang sudah tiga bulan tidak bekerja akibat masalah 'cataract' yang dihadapinya, berasa lega kerana bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaannya.

"Ini bagus juga dapat membantu kami yang kekurangan dan keseorangan. Saya ucapkan terima kasih banyak kerana sudi membantu kami dengan menderma. Mudah-mudahan mereka dapat balasan yang baiklah," kata Cik Faridah.
Skim bantuan tersebut dibuka kepada warga emas yang tinggal di kawasan Siglap dan berusia 60 tahun ke atas.
Untuk layak, mereka juga perlu memegang kad CHAS berwarna biru dan belum menerima sebarang bantuan daripada program bantuan makanan yang lain.
Permohonan boleh dibuat secara perseorangan di Kelab Masyarakat Siglap.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.