Skip to main content

Singapura

Penduduk SG semarakkan kawasan kejiranan dengan hiasan mampan sempena sambutan Krismas

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk SG semarakkan kawasan kejiranan dengan hiasan mampan sempena sambutan Krismas
Diterbitkan : 23 Dec 2023 07:46PM Dikemas Kini : 23 Dec 2023 07:48PM
SINGAPURA: Kawasan-kawasan kejiranan di merata negara dihias indah sempena musim perayaan Krismas.

Ia hasil daya kreativiti para penduduk yang memberi nafas baru kepada bahan-bahan yang tidak lagi digunakan untuk mengubah ruang-ruang biasa.

Tumpuan khusus turut diberi kepada kemampanan dan sifar sisa.

Dari 'snowman' yang dibentuk menggunakan bola-bola yoga dan kotak styrofoam, hingga ke pokok Krismas yang diperbuat daripada buku-buku.

Para penduduk di salah satu kejiranan di Singapura itu menggembleng tenaga untuk menyuntik kesegaran kepada ruang warga emas tersebut.

Aktiviti sedemikian sesuai untuk semua peringkat usia dan memberi peluang untuk keluarga memperkukuh ikatan.

Sementara di Sengkang, sebuah pokok Krismas diperbuat daripada kadbod tisu tandas dan penutup botol turut didirikan.

Setinggi tiga meter, ia dinobat sebagai pokok Krismas tertinggi yang diperbuat daripada kadbod oleh Buku Rekod Singapura.

Ia juga menjadi hiasan utama untuk pelbagai kegiatan sempena Krismas di kejiranan tersebut.

Menurut para penduduk, usaha mendirikan hiasan-hiasan perayaan itu mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Mereka yakin tradisi tersebut akan diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.
Sumber : CNA/SY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita