Penduduk SG failkan sekitar 10,000 aduan dalam SGSecure setiap tahun sejak dilancar pada 2016
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk memfailkan sekitar 10,000 aduan dalam aplikasi SGSecure setiap tahun sejak gerakan itu dilancarkan pada 2016.
Kebanyakan aduan itu adalah bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa melibatkan individu atau barangan mencurigakan.
Dengan lebih 120,000 responder masyarakat bertindak sebagai "mata dan telinga" di lapangan, aplikasi itu juga bertujuan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.
Di Meja Bundar Respons Masyarakat yang dianjurkan Kementerian Ehwal Dalam Negara bersama Persatuan Rakyat ini, para pemimpin masyarakat berkumpul bagi persiapan kecemasan pada masa depan.
Kumpulan itu juga melaksanakan pelbagai latihan mengajar para penduduk tentang respons kecemasan asas demi membina keyakinan mereka.
SGSecure menyatakan pihaknya akan meneruskan usaha untuk menggalakkan orang awam mendaftarkan diri sebagai Responder SGSecure.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.