Skip to main content

Singapura

Penduduk SG diingatkan terus waspada penipuan kod QR

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kod QR memudahkan penjenayah melakukan penipuan di Singapura.

Semakin banyak laporan diterbitkan tentang perkara itu tahun ini, dengan mangsa kehilangan sekurang-kurangnya S$20,000.

Maka itu, Agensi Keselamatan Siber dan polis menggesa orang ramai agar terus berwaspada tentang bahaya penipuan menerusi cara tersebut.
 
Dalam salah satu kejadian, orang ramai yang mengimbas kod QR pada poster yang terpampang di lobi lif, dibawa ke lelaman palsu yang meminta maklumat peribadi mereka.

Poster tersebut meniru ciri-ciri poster yang dikeluarkan Majlis Bandaran.

Kebanyakan poster dengan kod QR palsu ditayangkan di tempat-tempat strategik seperti depan kedai.

Agensi Keselamatan Siber mengingatkan pengguna agar terus berwaspada.

Mereka juga harus mengambil langkah untuk mengemaskini sofwe peranti mereka, memeriksa ejaan pada pautan yang disediakan, dan berwaspada terhadap tawaran yang terlalu menarik.
 
Sumber : CNA/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita