Skip to main content

Singapura

Penduduk SG digesa belajar cara tangani kebakaran sedang jumlah insiden bertambah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Mar 2026 07:33PM Dikemas Kini : 26 Apr 2026 08:29PM
  • Edwin Tong menggesa penduduk Singapura mempelajari kemahiran menghadapi kebakaran berikutan peningkatan insiden kebakaran tahun lalu.
  • Lebih separuh kes kebakaran berlaku di rumah, kebanyakannya berpunca daripada masakan tidak dipantau dan kebakaran elektrik.
  • Latihan kecemasan diadakan di Joo Chiat pada 29 Mac, melibatkan 300 penduduk yang diajar cara mengurus kebakaran dan melakukan CPR.
  • Penduduk menyatakan pembelajaran secara langsung menjadikan kemahiran ini relevan untuk kehidupan harian mereka.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong menggesa lebih ramai penduduk Singapura supaya mempelajari kemahiran ketika menghadapi kebakaran.

Ini selepas jumlah insiden kebakaran meningkat 3 peratus tahun lalu, dengan 2,050 kes dilaporkan berbanding tahun 2024.

Lebih separuh kes kebakaran berlaku di rumah, kebanyakannya disebabkan oleh masakan yang tidak dipantau dan kebakaran elektrik.

Encik Tong berkata demikian semasa latihan kesediaan kecemasan di Joo Chiat, di mana 300 penduduk diajar cara mengurus kebakaran sebelum bantuan tiba.

Dalam acara yang diadakan pada Ahad (29 Mac), para penduduk melalui beberapa stesen yang mengajar mereka cara menangani kecemasan.

Mereka juga belajar cara menggunakan alat pemadam api, dan melakukan CPR.

Para penduduk berkata pendekatan secara langsung sedemikian menjadikan pembelajaran itu relevan untuk kehidupan seharian.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita