Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk SG capai jumlah tertinggi 6.04 juta

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Sep 2024 04:56PM Dikemas Kini : 24 Sep 2024 08:46PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, jumlah penduduk Singapura telah melebihi enam juta orang, terutamanya disebabkan bertambahnya jumlah bukan penduduk tempatan.

Setakat Jun tahun ini, bilangan penduduk Singapura mencapai 6.04 juta orang iaitu kenaikan 2 peratus berbanding tahun lepas.

Angka itu diterbitkan pada Selasa (24 Sep) dalam laporan Ringkas Penduduk tahunan oleh Bahagian Penduduk dan Bakat Negara (NPTD) di Pejabat Perdana Menteri dan agensi rakan kongsinya.

S

Pihak berkuasa mengatakan sebahagian besar kenaikan itu kerana bertambahnya jumlah bukan penduduk tempatan seperti pemegang permit kerja (44 peratus) dan pembantu rumah hijrahan (15 peratus) sebanyak 1.86 juta orang atau naik sekitar 5 peratus daripada tahun lalu.

Jumlah rakyat tempatan pula bertambah 0.7 peratus kepada 3.64 juta orang bilangan Penduduk Tetap atau PR bertambah 1.2 peratus kepada 544,900 orang.

S
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan