Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Sembawang siap siaga hadapi serangan pengganas

Usaha diteruskan bagi mempersiapkan para penduduk menghadapi kemungkinan berlaku serangan pengganas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Apr 2018 06:12PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 10:00PM

SINGAPURA: Usaha diteruskan bagi mempersiapkan para penduduk menghadapi kemungkinan berlaku serangan pengganas.

Siang tadi (29 Apr), giliran para penduduk Sembawang dapat melihat satu simulasi serangan pengganas.

Ia anjuran bersama pasukan polis, Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dan Persatuan Rakyat (PA).

Ini merupakan kali pertama serangan pengganas melibatkan pengebom nekad diadakan beserta penggunaan piroteknik.

Para sukarelawan dari SCDF dan polis juga terlibat dalam simulasi itu.

Para penduduk turut berpeluang menyertai pelbagai kegiatan interaktif dan menerima kit bantuan kecemasan.

Golongan muda dan kanak-kanak pula belajar bagaimana untuk bertindak jika berlaku serangan pengganas menerusi permainan komputer yang direka dan dihasilkan oleh para pelajar Politeknik Republic.

Menurut pihak polis dengan adanya permainan sebegini, mereka berharap dapat menyampaikan mesej tentang keselamatan kepada golongan muda dan ibu bapa mereka.

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan