Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Punggol Shore anjur konsert amal kumpul S$50,000 untuk Gaza

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jan 2024 06:19PM Dikemas Kini : 07 Jan 2024 09:19PM
SINGAPURA: Penduduk Punggol Shore berganding bahu mengumpul dana $50,000 demi menyokong usaha bantuan kemanusiaan di Gaza.

Wang yang berjaya dikumpulkan itu akan diserahkan kepada Palang Merah Singapura.

Menurut Anggota Parlimen kawasan itu, Yeo Wan Ling, para penduduk sendiri yang mengutarakan idea pengumpulannya menerusi sebuah konsert amal.

"Apabila mereka mendapat tahu tentang apa yang sedang berlaku di Gaza, mereka memberitahu saya bahawa mereka mahu melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat, terutama sekali bagi tujuan kemanusiaan.

"Itulah sebabnya kami membuat keputusan akan berganding bahu sebagai satu keluarga Punggol untuk menganjurkan konsert ini, supaya kita boleh melakukan kebaikan,mengutip dana agar kita boleh membantu keluarga-keluarga terjejas di sana," jelas Cik Yeo.

Konsert tersebut adalah sebahagian daripada satu acara kemasyarakatan pada Ahad (7 Jan), di mana para sukarelawan juga berusaha mewujudkan bandar kejiranan di mana penduduknya punya hubungan lebih erat.

Ini termasuk mendampingi warga emas untuk menggalak penuaan lebih aktif.

Sebuah gerai menjahit rantai kunci berbentuk pizza juga diadakan.

Loh Yun Ying, Pengerusi Rangkaian Belia Punggol Shore berkata: "Gerakan "Positivity Pizza" ini muncul kerana kami mendapati golongan belia menghadapi banyak tekanan akibat kerja sekolah atau dalam kerjaya mereka."

"Maka itu, hari ini, kami menyaksikan ramai penduduk menyertai kami untuk membuat kepingan-kepingan "Positivity Pizza" yang akan diberikan kepada semua belia yang tinggal di kawasan Punggol Shore, sebagai satu kaedah untuk memberi semangat dan memperkasa mereka," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan