Penduduk Punggol kian mesra alam; lebih berhemah guna air, elektrik
Para penduduk Punggol menjadi lebih mesra alam sejak sedekad yang lalu. Penggunaan air dan elektrik serta pengeluaran gas karbon di Punggol kian berkurangan. Ia hasil 30 huraian yang dilaksanakan HDB.
SINGAPURA: Para penduduk Punggol menjadi lebih mesra alam sejak sedekad yang lalu. Penggunaan air dan elektrik serta pengeluaran gas karbon di Punggol kian berkurangan. Ia hasil 30 huraian yang dilaksanakan HDB.
Para penduduk Punggol lebih cenderung mengayuh basikal dan kurang bergantung kepada kereta. Ini kerana akses lebih mudah kepada kemudahan seperti rak-rak basikal di tempat awam. Ada juga rangkaian berbasikal 38.2 kilometer di Punggol.
Apabila rangkaian berbasikal sejauh 50 kilometer siap sepenuhnya kelak, ia akan mengatasi laluan berbasikal di Helsinki, Finland.
Penggunaan basikal juga membantu untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon lebih 41,000 tan setahun.
Penjimatan elektrik di kawasan awam di Punggol dianggarkan lebih S$1 juta setiap tahun menerusi penggunaan lampu-lampu dengan deria pergerakan.
Penggunaan air di rumah-rumah pula merosot 13.2 peratus pada 2018 berbanding tujuh tahun sebelumnya.
Ia dicapai menerusi usaha seperti memasang paip jimat air dan langkah mengumpul air hujan.
Mutu air di Punggol juga meningkat 30 peratus dengan pembinaan sistem paya terapung.
Sebanyak 22 huraian yang dimanfaatkan di Punggol sudahpun dilaksanakan di estet kejiranan lain.
HDB sedang menilai cara melaksanakan lapan lagi huraian di bandar-bandar lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.