Penduduk Pulau Ubin didakwa kerana tidak dapatkan rawatan untuk anjing peliharaannya; minta hakim memahami kehidupan kampung
SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kesakitan dan penderitaan ke atas anjing peliharaannya gara-gara gagal membawa haiwan tersebut ke doktor haiwan memohon hakim pada Rabu (6 Mac) untuk mempertimbangkan gaya hidupnya di sebuah "kampung".
Khor Lian Huat, berusia 61 tahun yang tinggal di Pulau Ubin, didakwa dengan satu tuduhan gagal membawa anjing kacukan itu untuk mendapatkan rawatan segera apabila dia melihat ulat pada luka di kukunya.
Kegagalan Khor untuk bertindak sewajarnya telah menyebabkan anjing itu dimasukkan ke dalam sebuah wad pusat veterinar selama 10 hari.
Jika didapati bersalah kerana secara tidak munasabah melakukan perbuatan yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya ke atas seekor anjing, Khor boleh dihukum penjara sehingga 18 bulan, didenda sehingga S$15,000, atau kedua-duanya sekali.
Dia juga akan dilarang daripada memiliki haiwan peliharaan untuk satu tempoh masa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.