Penduduk mengadu bau kebakaran di timur S'pura sepanjang 2 hari lalu
"Bau kebakaran" yang dilaporkan di bahagian timur Singapura sepanjang dua hari lalu tidak berkait dengan mana-mana insiden perindustrian tempatan mahupun titik panas di rantau ini.

Orang ramai di Taman East Coast pada 19 Jun 2020. (Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: "Bau kebakaran" yang dilaporkan di bahagian timur Singapura sepanjang dua hari lalu tidak berkait dengan mana-mana insiden perindustrian tempatan mahupun titik panas di rantau ini.
Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu malam (12 Jan).
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, NEA menyatakan ia menerima maklum balas mengenai "bau kebakaran" pada Selasa (11 Jan) dan Rabu.
Para pembaca CNA juga mengatakan mereka terhidu bau itu di tempat-tempat seperti East Coast, Bedok, Loyang dan Tampines pada dua hari tersebut.
"Pemeriksaan NEA tidak mendapati sebarang insiden perindustrian tempatan yang mungkin menyebabkan bau itu," menurut NEA.
"Pasukan Pertahanan Awam juga mengesahkan ia tidak memberi respons kepada mana-mana insiden yang melibatkan kebakaran terbuka di bahagian timur Singapura."
It menambah bahawa tiada titik panas dikesan rantau berdekatan.
Bagi mutu udara pula, "bacaan paras kepekatan PM2.5 setiap jam kekal dalam jalur biasa (Jalur I) dan tahap PSI 24 jam adalah pada paras 'Baik' hingga 'Sederhana'," menurut NEA lanjut.
Sejauh ini agensi itu tidak menerima maklum balas lanjut tentang bau kebakaran tersebut sejak petang Rabu tetapi menambah ia akan terus memantau keadaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.